"> Sekarang saya menghidap knser family dan suami tidak menahu hal nie kerana saya tidak mahu family saya risau. mak ayah sudah tua , masalah kesihtan dorang pun perlu dijaga - Luahan Kisah

Sekarang saya menghidap knser family dan suami tidak menahu hal nie kerana saya tidak mahu family saya risau. mak ayah sudah tua , masalah kesihtan dorang pun perlu dijaga

Assalamualaikum admin.. sila hidekan profil saya yer.. tahun nie masuk tahun kedua saya berkhwin.. sekarang saya ade seorang cahaya mata.. sebenarnya saya sekarang sedang berhdapan dengan perangai suami saya. tidak dinafikan kadang2 isteri yang tinggal berjauhan PJJ nie bnyak dugaannya, mungkin nie sudah peluang yang keberapa kali dah saya beri kepadanya.. suami saya gemar dan suka bercerita masalah keluarga kami kepada bekas kekasihnya.. bila ditanya kenapa perlu ex GF? Katanya itu shja tempat yang die selesa utk bercerita.. luluh hati saya min..




kalau itu dah die kata, saya mungkin tiada makna baginya.. EX GF nya pula suka buat story dan memperli2 kan saya, dahlah datang untak merosakkn rumah tangga orang kita pulak dipersalahkan.. saya sekarang sudah redho min.. ye saya mengaku saya bukan isteri yang baik.. egonya sangat tinggi.. dah buat salah tak mintak maaf.. saya yang selalu meminta maaf dengan die.. kalau saya cakap sakit atau tak sehat, die tak pernah nak bawa dan teman saya pergi klnik.. masa mengandung pun sekali sahaja bawak pergi hospital keraajan 1St booking.. lepas tu semua saya sendiri… kadang2 kita perempuan badan tak sama.. nampak sehat, nampak ok tapi hakikatnya lemah , tak kuat.. saya sedih bila diabaikn.. kepada sahabat2 dan anda semua doakn saya kuat yer..

Sekarang saya menghidap knser family dan suami tidak menahu hal nie kerana saya tidak mahu family saya risau. mak ayah sudah tua , masalah kesihtan dorang pun perlu dijaga.. suami?.. saya rase tak perlu die tahu, biarlah ini menjadi kejutan buat die… Andaikata saya pergi dulu sebelum abang maafkan & halalkan makan minum saya.. walaupun hati saket, tapi saket yang saya tanggung nie hanya tuhan saja yang tahu.. kepada para suami kat luar sana hargai isteri anda, gaduh macam mana sekalipun jangan pernah mengadu kepada kawan perempuan atau ex.. awak hidup susah sanang degan isteri awak , jangn pernah buka aib isteri kepad wnita2 yang cuba merosakkn rumah tangga yang sudah lama dibina, kerana mereka hanya tunggu masa untuk bergeLak dan ketawa gembira shja jika berjaya meruntuhkn msjid kita ingat..




Leave a Comment