"> Bila bergaduh aku yang menangis kat hujung pintu min, aku yang terluka dengan makian dia dengan segala hinaan dia min . Aku miskin min , - Luahan Kisah

Bila bergaduh aku yang menangis kat hujung pintu min, aku yang terluka dengan makian dia dengan segala hinaan dia min . Aku miskin min ,

salam min , tolong siarkan kisah saya , saya guna account adik saya . Min , saya dah berkahwin dengan isteri saya sudah hampir 3 tahun. sekarang saya 24 isteri saya muda dari saya. maknanya kami kahwin muda. Aku nak mengadu dengan keadaan aku min. Bini aku ni selalu mengamuk, kadang2 benda kecil dia mengamuk. Kadang2 sampai satu tahap dia cuba nak b nuh aku . tapi alhamdulilah ada jiran2 dan kawan yang tolong aku . Bukan aku tak nak lawan min , saiz badan dia dengan aku beza dua kali ganda min . Aku ni sekali dia tolak je dah melayang ke udara.




Min , aku tak tahu nak mengadu kat siapa , kalau boleh aku nak jaga aib bini aku dari keluarga aku atau keluarga dia . Aku tak salahkan dia min . Dia isteri yang baik min . Cuma dia ada kisah silam yang perit min , mak ayah dia bercerai , duduk dgn nenek sebelah ayah , ayah dalam pusat pemulihan . Lepas tu dia selalu kena dera dgn ibu saudara dia min . mungkin apa yang jadi kat dia ni buat dia jadi macam sekarang ni min . Min , kami ni kerap bergaduh min . Bila bergaduh aku yang menangis kat hujung pintu min, aku yang terluka dengan makian dia dengan segala hinaan dia min . Aku miskin min , dulu senang ada bisness orang muda muda . Tapi kawan tikam belakang min . Sekarang tinggal motosikal cabuk ja min




Min , walaupun aku ni tak banyak duit min tapi makan minum dia tak pernah miss min. Dia nak makan apa semua aku ikut . Aku cuba min. Pakaian makanan dia semua aku sediakan tak perlu dia susah2 bangun pagi tengok makanan dah terhidang , tengah hari order je terus terhidang depan hidung. malam pun tunggu order ja. Min , aku terkilan sangat min , bini aku sakit , aku dah bawa pergi hospital ya memang dia sakit sebab bekas penderaan dia min.




Min tolong siarkan cerita aku min . aku nak baca komen komen yang boleh buat aku kuat . boleh buat aku bertahan dgn wife aku min. Aku sayang dia min . Dulu aku macam orang bdoh tak cukup kasih sayang ( sebab aku anak yatim dan dibersarkan dalam rumah anak2 Yatim )
Bila aku ada dia aku rasa disayangi min . aku rasa hilang sunyi min . harap korang tak bosan baca luahan aku . banyak lagi aku nak luah tapi bini aku tengah naik angin lagi nanti aku cerita lain.

Leave a Comment