"> Sedih aku min dia memang tahu asam pedas kegemaran aku min tapi bukannya dia nak belikan kami makanan. kalau bungkuskan kuah asam tu pun aku dah suka sangat2 kuah sahaja cukuplah tak payahla beli ikan dia nanti mahal kuah sedap boleh cicah nasi tapi hampa min - Luahan Kisah

Sedih aku min dia memang tahu asam pedas kegemaran aku min tapi bukannya dia nak belikan kami makanan. kalau bungkuskan kuah asam tu pun aku dah suka sangat2 kuah sahaja cukuplah tak payahla beli ikan dia nanti mahal kuah sedap boleh cicah nasi tapi hampa min

salam admin krt.tolong siarkan kisah saya ini agar jd panduan buat insan2 bergelar suami diluar sana. nama saya A. saya dah kahwin dengan N selama 14 tahun. sebelum kawin kami dah kawan on off selama 6 tahun. 13 tahun hidup bersama dan kami dikurniakan 4 org anak. 3 perempuan 1 lelaki..yang last lelaki baru usia 4 tahun yang sulung 13 tahun adalah anak perempuan. aku sedih min, aku rasa aku tak ubah seperti orang gaji kat rumah ni. dah 2 hari aku demam aku tak makan. dia balik kerja dia makan nasi semalam yang anak sulung aku masak dia goreng telor sendri. masa laki aku makan nasi tak basi tapi petangnya tu nasi tu dah belendir dan anak2 aku makan juga sebab dari pagi aku tak masak. hidung aku plak takb ada deria rasa sebab selsema teruk. aku pegang nasi tu lembik aku cakap kat anak dah basi ni. anak no 4 cakap tak ape la ibu. makan sikit je la. lebih nnti buang. diorang sendri dadar telur lauk dengan kicap makan. sedih hanya allah yang tahu min.




Laki aku lepas makan dia tido kat sofa tak pedulikan dan anak2 aku makan ke tak. anak2 makan nasi basi ke dia lepaskan tembolok dia je. Lepas makan dia tido smpai bdenkur. tu kisah tghari min. petangnya pulak. dahle aku tgh demam2 ni. tapi dia balik lambat. aku suh ambik anak balik tusyen dia cakap ada keje. ok takpelah aku ngalah,aku start kete g ambik anak. pastu dia balik lepas magrib sendawa kekenyangan..aku tanya nak makan tak? Dia cakap dia dah makan asam pedas dengan kawan dia ni tadi. Sedih aku min dia memang tahu asam pedas kegemaran aku min tapi bukannya dia nak belikan kami makanan. kalau bungkuskan kuah asam tu pun aku dah suka sangat2 kuah sahaja cukuplah tak payahla beli ikan dia nanti mahal kuah sedap boleh cicah nasi tapi hampa min.
dia lepaskan diri dia je min janji perut dia kenyang anak2 pi mti.




Magrib tu aku bangun juga. kuatkan hati pi masak nasi dan buat nasi goreng tuk anak2 aku. air mata ngalir min masa masak nasi tu. sedih aku min. anak2 aku bantu la kemas rumah, cuci tandas, buang sampah. mop rumah pastu nasi dah masak ada telur 3 biji aku campur dengan nasi. jadilah buat alas perut anak2. lepas aku slesai je buat nasi goreng boleh plak dia ambik pinggan makan lg skali. macam tak ada perasaan. kalau aku tegur tu konform dia campak pinggan makan tu hancur sangat hati aku ni. Aku rasa aku kawin dengan binatang je ni min sebab dia tak ada sifat manusia dah skarang. nak kata muda dah usia dia hampir 50an.. otak dia letak kat mana agaknya. Aku je kene jaga A to z pasal keperluan dia tapi dia lgsung tak ambik berat pasal anak2 atau aku.




Memang dia akan bg belanja 2k sebulan. itulah bayaran segala2 bagai bil dan blanja. Itu jugaklah beli lauk2 tuk dia makan balik. dan dia lah org yang paling banyak abiskan lauk2 sedangkan anak2 semua patahkan dua ikan kalau makan ekor adik kepala kakak. tukar2 selalu tapi dia ambik smpai 4 ekor skali makan walhal aku memang masak jimat2 6 ekor sekali masak tapi dia sekali makan abis lauk2 tu. Anak2 pulak yang terpaksa ngalah. diorg goreng telur gantikan ikan yang ayah dah abiskan tu. dengan 2k itu jugalah tambang anak2 skolah. sedangkan bila dia ada duit lebih dia pergi mancing naik bot berhabis duit beli barang2 mancing. tak masuk lagi dia suka konvoi motor sampai serata malaysia. Tinggalkan aku dengan anak2. konvoi sana sini menghabiskan duit.






Masa harijadi aku min, aku minta telekung puteh kain licin dia cakap tak payah la pakai je mana yang ada. sebelum sehari hari lahir aku dia boleh plak pi beli joran yang harga ratus2 tu. sedih hati aku allah je yang tahu. Sebab aku sangkakan dia keluar petang tu dia pergi cari hadiah untuk aku tapi hampa je. aku minta telekung yang harga 29.90 dia tak mampu nak belikan. bukan aku tak mampu beli sendri tapi aku nak dia yang belikan.13 tahun skali pun payah min nak dapat apa2 hadiah atau pujian dari dia. tapi dia tak peduli lgsung. dia asyik pentingkan kawan2 dia dengan hobi bebal dia je min. tiap kali mancing dia ambik waktu off day dia. sedangkan waktu tu aku boleh la rehat2 dengan anak2. tapi jangan harap min. selagi aku boleh narik napas selagi tu lah aku kene bangun dan buat smua kerja2 rumah. dah la mancing tak dapat ikan sebaliknya ikan kat pasar yang aku beli juga dia bedal. Di balik mancing bawak balik umpan boleh makan ke umpan ciput tu buat lauk?




Aku sedih. aku bagitahu anak2 jika ibu mti tentu anak2 ibu jadi org gaji kat rumah ni dan memang akan dibuli oleh ayah sndri. Sebab anak2 aku memahami ibu demam. paham ibu penat. memang aku penat min. penat sangat2 menahan diri sejak mula2 kawin smpai kini. tu tak masuk lagi kisah2 dia nak poligami. kisah dia curang dengan 3 org pompuan smpai berhabis duit. sampaikan kenderaan kami rosak kemalangan. penipuan demi penipuan yang dia buat.aku dah tawar hati min.tapi demi anak2 aku cuba kuatkan diri. aku tak ada mak bapak dah. mertua juga dah tiada. aku sebatang kara. dia masih ada adik bradik. Jpika berpisah aku hanya akan bnuh anak2 aku sendri je min.csebab 100% dia akan larikan diri. tak akan jaga anak2 aku.citu dia dah pesan awal. sebab dia tak boleh jaga anak2 dan tak reti. kalau aku tak ada biar anak2 hidup sendiri kata dia. dia suka hidup seperti org bujang. bebas kemana2. aku buntu min. sambil tulis ni pun aku nangis min. Thanks min

Leave a Comment