"> suami seorang yang sangat baik belanja dapur dan persekolahan anak2 semua cukup dan dia juga seorang yang tak pernah tinggal solat dan rajin bangun malam buat solat sunat. - Luahan Kisah

suami seorang yang sangat baik belanja dapur dan persekolahan anak2 semua cukup dan dia juga seorang yang tak pernah tinggal solat dan rajin bangun malam buat solat sunat.

Salam admin. Ni akaun fb saya. Saya follower baru dekat Krt dan terpanggil nak meluahkan masalah saya yang semakin menjadi barah dalam rumahtangga.
Saya isteri berumur 32 tahun, ibu kepada 2 orang anak. Suami juga sebaya. Saya baru beberapa bulan berhenti kerja kerana suami minta saya jaga anak2. Saya akur. Dipendekkan cerita suami saya ni ada penyakit kencing manis dan darah tinggi yang agak kronik dan terpaksa bergantung pada ubat2 hospital. Sejak datang macam2 penyakit, keinginan bersama dia menjadi sangat terganggu. Bayangkan pernah dalam sebulan dia tak pernah bagi langsung nafkah batin pada saya. Apabila diminta dia bagi banyak alasan. Penat kerja katanya, Sekali dua tak apa lagi, tapi bila terlampau kerap dia menolak. Saya jadi amat stress,kecewa dan sedih. Kadang saya menangis sendirian.




Sebenarnya suami saya seorang yang sangat baik belanja dapur dan persekolahan anak2 semua cukup. Dia juga seorang yang tak pernah tinggal solat dan rajin bangun malam buat solat sunat. Tapi tulah sahaja kelemahan dia. Kurang berminat behubungan dengan saya dan sejak penyakitnya menjadi2, semakin dia dingin dengan saya. Lebih menyedihkan, dia dah mula tidur berasingan. Dia lebih suka tidur diruang tamu. Bila saya kejutkan dia kata bilik panas. Dia nak tidur kat luar. Saya amat tersiksa, puas saya belikan dia supplement khas untuk lelaki. Dia makan tapi macam takda hasil. Dan makan pun sebab saya paksa. Dia bersikap acuh tak acuh bila diajak berbincang. Hampir setahun saya memendam perasaan. Saya cuba selamatkan rumahtangga. Tapi semakin menjadi2 hubungan kami.




Admin, dalam diam saya berhubung dengan seorang bekas rakan sekerja lelaki. Dia masih bujang. Dia dari dulu meminati saya. Silap saya menjadikan dia tempat meluah perasaan. Tapi takdala saya aibkan suami pada dia. Pernah dia kata pada saya, kalau saya janda lama dah dia masuk meminang. Kami kerap berhubung dibelakang suami. Dialah peneman kalau saya rasa dunia saya amat sunyi tanpa belaian suami. Lelaki tersebut teringin sangat nak jumpa saya untuk sekadar breakfast. Masa tu suami demam dan takde selera makan, jadi saya tak masak, saya beri alasan kalau saya keluar makan dengan kawan, suami benarkan saya keluar, semasa makan, lelaki itu tenung mata saya, kami bertentang mata dan keluar bibit2 cinta…




ya saya mula jatuh cinta, akibat terlalu lama memendam rasa, akhirnya kami hilang arah. Dan terlanjur dalam kereta..
Dan sekarang saya hamil, apa perlu buat kerana saya tak pernah bersama suami? Sy nak tanya pendapat warga krt. Apakah sy dianggap kejam andai meminta cerai dari suami kerana masalah batinnya yg makin menjadi jadi? Sy bersumpah sy telah buat banyak perkara untuk selamatkan rumahtangga namun setahun bersabar keadaan nampak tak berubah.




Leave a Comment