"> Sekarang ni semuanya musnah min bini dia dah tau pasal hubungan kami tapi yang aku terkilan min seolah olah aku sorang yang salah dalam hal ni dan ini dia pernah ugt aku nak viral aku kt public - Luahan Kisah

Sekarang ni semuanya musnah min bini dia dah tau pasal hubungan kami tapi yang aku terkilan min seolah olah aku sorang yang salah dalam hal ni dan ini dia pernah ugt aku nak viral aku kt public

Assalamualaikum..min tlng hide fb aku…aku tak tahu nk luah kt siapa lagi min aku malu aku dah buat salah paling besar dalam hidup aku. macam ni min aku kali pertama berkerja di kuala lumpur min. Aku keje biasa2 je pendapatan aku boleh la cecah 2k lebih. dari situ la aku mengenali seorang lelaki. untuk pengetahuan min aku ni masih isteri orang. aku pjj dengan suami aku memang failkn penceraian tapi laki aku tak nak min. Selama aku kenal lelaki tu min mula2 aku tak nak sebab fikir dia pun ada family aku pun masih bini orang. tapi min aku tertekan sebab lelaki tu macam berpangkat sikit la.. salah aku sebesar kuman pun dia akn pertikaikan. aku terpaksa terima min.




Lama2 kami jadi rapat dia selalu cerita msalah family dia isteri dia tapi dalam masa yang sama min aku tau dia sayangkn bini dia dan anak2. aku pun tak tau min nak cakap macam mana selama aku kenal dia nak hampir setahun nampk la dia tu sayang aku.. Masalah yang paling besar min aku terlanjur dengan dia min itupun aku dipaksa mesti orang akan cakap kan bertepuk sebelah tangan tak berbunyi tapi min dia badan besar min aku kecik je dan situasi tu dia dengan aku je yg tau sejak peristiwa tu aku jadi takut kehilangan dia min lagipun aku fikir suami mana yang boleh terima bila isteri dia bersama orang lain kan?

Untuk pengetahuan min jugak hubungan aku dengan lelaki tu family kelaki tu semua tau. mak dia pun baik dengan aku min. Sekarang ni semuanya musnah min bini dia dah tau pasal hubungan kami tapi yang aku terkilan min seolah olah aku sorang yang salah dalam hal ni dan ini dia pernah ugt aku nak viral aku kt public. Aku tak kisah min sebab aku tau memang aku salah sebab kacau rumah tangga diaorg.. sekarang ni pun bini dia selalu wssp aku ckp aku placur dan macam2 tapi satu pun aku tak balas lepas tu aku terus je block.




Sekarang ni min aku dah balik ngan suami aku min aku berterus terang dengan suami min. syukur sangat min dia boleh terima aku seadanya tapi min aku tak pernah lagi bersama dengan suami sebab aku rasa aku ni jijik min. Aku rasa apa yg aku buat ni terlalu hina min. Aku nak cerai ngan suami sebab aku kesian kat dia min aku rasa aku bukan yang terbaik untuk dia. Aku buntu min. lagipun min aku takut mngkn suatu hari nanti aku kena viral laki aku jgk yg tanggung malu. sekarang ni pun aku hidup mcm tak bermakna lgi min. besar sangat salah aku ni. aku memang menyesal tapi tula semua dh jadi nk menyesal pun tak guna. apa harus aku buat sekarang




Leave a Comment