"> Isteri tak bekerja hanya suri rumah sepenuh masa disamping menjalankan kerja mengasuh dan mengambil tempahan di kejiranan - Luahan Kisah

Isteri tak bekerja hanya suri rumah sepenuh masa disamping menjalankan kerja mengasuh dan mengambil tempahan di kejiranan

saya suami bekerja.. ada 2 anak yang masih kecil. Isteri tak bekerja hanya suri rumah sepenuh masa disamping menjalankan kerja mengasuh dan mengambil tempahan di kejiranan.. malangnya isteri saya ni seorang yang selekeh.. bukan dari segi penampilan tapi dari segi kebersihan dalam rumah. urusan masak kemas basuh lipat susun atur perabot semua dia buat sambil lewa.. pendek kata tiada rasa atau keinginan seperti wanita lain.. saya sebagai suami semestinya nak balik kerja rumah bersih baju yang dah basuh siap lipat kemas wangi .. ini baju yang dah basuh dengan yang tak basuh pun saya tak tau mana satu.. sama busuk sama lusuh.




Dapur lepas masak kemas asal boleh.. bab cari baju dalam almari memang tak akan jumpa la.. sebab tak tau mana seluar mana baju.. mana baju saya mana baju anak saya.. semua sumbat dalam almari.. langsung tak sistematik.. bagi dia alahh sama je selagi simpan dalam almari. lantai dapur kalau masuk tak pakai selipar memang kaki tak selesa nak pijak. tu belum dinding dapo. memang kalau saya tak lap dia akan macam tu la mungkin sampai anak no 3 agaknya..

Saya malas nak bising.. saya balik kerja saya buat. belum siap sapu bilik dia mejerit suruh basuh anak berak.. saya berhenti menyapu saya uruskan berak anak. saya cuci sental jamban angkat segala botol kosong sampah dalam tandas.. saya basuh lantai dapur.. tapi isteri saya duduk dengan sepinggan nasi depan tv layan cerita penyiasatan. anak2 saya sibuk menconteng dinding dan yang adik makan kertas. sekali dua tak mengapa.. saya diamkan.. kalau dah 4 tahun kawin perangai masih macamni saya yang diam pun boleh naik hantu..




bukan tak tegur.. nasihat lebih pada nasihat.. contoh adik kakak ipar biras semua dah bagi tapi mungkin isteri saya tidak d beri kelebihan untuk mencontohi benda baik di persekitarannya.. maka dia tetap terus begitu.. Saya ni sayang isteri saya.. tapi macamana nak ubah perangai selekeh dia..bila cakap lebih2 dia bawak anak2 lari rumah berhari2.. banyak lagi nak tulis tapi saya pendam..sebab saya sayang isteri saya. dan anak2 saya..
suamiapaakuni



Leave a Comment