"> Berapa bulan tu bini aku dapat keje kami perlu berjauhan dan masa tu bini aku balas balik macam mana aku pernah buat kat dia dulu. - Luahan Kisah

Berapa bulan tu bini aku dapat keje kami perlu berjauhan dan masa tu bini aku balas balik macam mana aku pernah buat kat dia dulu.

Salam min. Tolong hide profil aku min. nak tanya orang perempuan ni memang seorang pendendam ke dan kalau kita pernah sakitkn hati dia 10 tahun pun diorang ingat lagi. Aku tahu dulu salah aku, aku pernah lukakn hati dia, aku prnah tipu dia, aku prnah ada perempuan lain belakang dia tapi itu semua dulu. dulu aku pernah kawan dngan sorang prempuan ni, kami selalu keluar berdua, selau whatsapp. aku pun selalu tipu bini aku min, aku cakap nak keluar ada keje tapi aku keluar dngan prempuan tu.




Satu masa tu bini aku tahu semua tu bila bini aku tanya sape perempuan tu tapi aku tipu dia min sedang kan benda tu dia dah tahu. sebab aku jadi terbiasa masa aku bujang dulu aku selalu kluar dngan perempuan dan aku sedar tu silap aku. bini aku maafkan aku dan dia bagi aku satu lagi peluang tapi masa tu bini aku berubah dia tak jadi diri dia yang dulu masa tulah aku mula rindu dia yang dulu, aku nak sangat bini aku yang dulu. bini aku pernah cakap sekali hati isteri terluka susah nk sembuh, sekali ditipu memang kepercayaan dah hilang.




Berapa bulan tu bini aku dapat keje kami perlu berjauhan dan masa tu bini aku balas balik macam mana aku pernah buat kat dia dulu. yaallah masa tu jntung aku macam nak pecah, tangan kaki aku terus sejuk mengeletar. bini aku siap cakap sekarang ni awak dapat rasa macam mana hancurnya hati saya dngan ape yang awak buat dulu dekat saya dan masa tu baru lah aku tahu macam mana perasaan bini aku dulu, macam mana sakitnya bila kita dikhianati, ditupu oleh orqng yang betul2 kita sayang, pedihnya nwk terima semua tu. aku harap suami kat luar sana setialah dan hargailh bini korang org prempuan ni bila dia balas dendam lagi dari ape yang pernah kita buat dulu. tq min

Leave a Comment