"> kalau balik kampung. saya suka kalau dia tidak ikut sebab rumah ibu ayah saya rumah papan jadinya kalau dia tidur jadi bergegar rumahnya. lg kan saya ada baby tgh malam menyusu 2 3x - Luahan Kisah

kalau balik kampung. saya suka kalau dia tidak ikut sebab rumah ibu ayah saya rumah papan jadinya kalau dia tidur jadi bergegar rumahnya. lg kan saya ada baby tgh malam menyusu 2 3x

Salam admin hide profile ye. nak mintak pendapat bawang rangers sekalian. macam mana ye nak hadap suami kuat dengkur? dengkur yang luar biasa. dia jenis badan besar, boroi. ada resdung asma. Kuat merokok, sampai mulut pun berbau. kadang kalau ckp dengan dia sampai tahan nafas. Masa mula2 kahwin dulu tak sampai seminggu tidur sekali, sebab tak tahan sangat. kalau dia tidur, orang lain tak boleh tidur. Bila kita tegur ke nasihat ke nanti dia buat ayat merajuk la apa la. kalau balik kg dia, saya memang paksa dia tidur luar sebab tak tahan sangat. kadang sampai termarah2 dia dah kejut bangun dia duduk pun boleh tido. kalau balik kampung saya, saya suka kalau dia tidak ikut sebab rumah ibu ayah saya rumah papan jadinya kalau dia tidur jadi bergegar rumahnya. lg kan saya ada baby tgh malam menyusu 2 3x. Siang kalau tak ada apa, masa baby tido boleh rehat sekali. tapi kalau baby masa bangun nak kita dekat bila buat kerja rumah dia mengamuk menangis.




Lagi 1 perangai dia susah nak tolong buat kerja rumah. kalau balik keje dengan tak mandi, boleh terus tido dekat toto. dah cakap tapi dimarahnya balik sampai naik hitam totonya. kadang saya rasa dia memang dah diajar macam tu sebab kt kg nya pun kadang tilam pun hitam2. saya tahan saja sebab nak jaga hati orang tuanya. kalau makan pun pinggan letak je. bila saya bising baru dia mau cuci.
Family dia pun sama, lepas makan letak je. pernah saya saja biarkan toilet tanpa dicuci sebulan dia biar je. orang perempuan dalam rumah yang kena cuci.
Bagi dia saya nie duduk rumah tak buat apa. tapi saya meniaga online. kadang keluar g cod angkut baby demi untung yang tak seberapa. cari customer online semua sebab nak tambah duit brg dapur. sebulan dia bg rm300. taktau la klau orang lain 300 cukup. tapi saya di kl mmg tak cukup. kalau ada yang kata cukup ada tips ka? jadi hujung2 bulan tu saya topup guna duit meniaga.

Saya pakai perancang senyap2 sebab rasa mental tak sanggup nak hadap baby. yang 1 pun tak jangka sebab masa mula2 kahwin saya dah pesan tak nak mengandung dulu sebab pjj. bila da stabil ke apa baru fikir tapi dia ikut suka hati dia. masa pantang dekat rumah ibu saya dia kalau balik cuma untuk tgk anak je. ibu saya la yang masakkan saya, siapkan air mandi saya. dia tidur saja siap pakej berdengkur. baby nie pun dia tak pernah nak cuci kan berak anak katanya tak tahan bau. mandikan anak pun jarang amat tu pun bila saya yang suruh. kalau pukul 8 mlm tak mandi ke tk makan pun dia tak kisah. kalau anak menangis sebab berak katanya nak mama dia la nak susu la. makan anak pun dia tak pernah tanya baby sudah makan ka belum. sebab dia kata saya mama dia saya la jaga. kalau cuti weekend dia layan anak 10min ja, lepas tu dia biar anak main sendiri dia tidur, main hp.




saya terkontang kanting buat kerja rumah sambil layan anak. lagi 1 masalah family dia jenis berbadan besar selalu makan fastfood, benda yang berlemak la senang cakap tak makan buah sayur. lepas tu ajar anak saya makan coklat benda2 manis. saya tak suka kalau anak saya dekat dia orang. nanti anak saya taknak makan nasi. nak tegur nanti kata kurang ajar.
kadang saya rasa menyesal kahwin. hati rasa makin tawar tahan sebab anak. kami pernah bincang tapi last gaduh katanya saya je yang betul apa dia buat semua salah. saya tak ckp pun saya betul saya pun byk kurangnya tapi apa salah kalau masing2 tegur silap masing2. kalau dia tegur saya terima cuba ubah tapi saya tk boleh tegur dia. sekarang kami rasa mcm housemate duduk 1 rumah tapi tak bercakap. saya merajuk sebab terasa sgt mcm orang gaji dekat rumah ni. jadi saya tak masak, tak kemas rumah, tak basuh baju. saya cuma buat hal saya dengan anak je. tolong saya bawangrangers sekalian untuk saya terus hadap benda ni.




Leave a Comment