"> Baru2 ni BF lama aku datang ke tempat kerja aku. Dia tahu segala yang melanda hidup aku. Dia menangis min menyalahkan dirinya kenapa lepaskan aku dahulu hingga aku menderita begini - Luahan Kisah

Baru2 ni BF lama aku datang ke tempat kerja aku. Dia tahu segala yang melanda hidup aku. Dia menangis min menyalahkan dirinya kenapa lepaskan aku dahulu hingga aku menderita begini

Assalamualaikum kepada semua warga KRT dan kepada min tolong rahsiakan siapa saya. Aku adalah seorang isteri yang tersilap memilih suami. Ceritanya berlaku berbelas tahun yang lepas aku berkawan dengan seorg lelaki ni, baik orangnya dari segi kewangannya pun bagus pada tahun tersebut dengan gaji 6K sudah tentunya boleh hidup senang tapi jarak yang memisahkan aku dengan dia namun kami sama2 setia, dia berkerja di KL manakala aku tinggal di JB.
Hubungan kami syukur direstu keluarga masing2.




Tapi satu sikap dia aku rasa memang susah untuk aku sesuaikan dengan dia iaitu dia terlalu cerewet dalam segala hal, makan di kedai mamak tak mahu, makan digerai2 tak mahu termasuk la dari segi pakaian semuanya harus sempurna. Kadang2 membuatkan aku rimas dan bosan kerana dia terlalu mahukan yang terbaik.

Namun dalam masa yang sama ada seorang lelaki ni cuba untuk mendapatkan aku mesti pun aku dah bagi tahu lelaki ni yang aku dah ada BF namun dia tetap usaha. Untuk makluman lelaki tersebut hanya biasa2 sahaja kerja pun biasa2 rupa paras pun biasa2 sahaja. Lama kelamaan timbul pula perasaan pada dia. Mungkin disebabkan sikap yang biasa. Disebabkan jujur aku pun bagitahu pada BF aku yang ada seorang lelaki yang mahu menjadikan aku isterinya. Ya allah min tenang sungguh waktu tu dia.
Dia tak menjawab apa ketika tu cuma dia kata “Tunggu abang balik nanti kita jumpa bincang”.

Bila BF aku balik aku pun jumpa dia waktu tu kami makan di KFC berbual macam biasa, dia nampak gembira sangat waktu tu. Aku pun jadi tak sampai hati nak cakap. Tapi diakhir pertemuan tu dia berkata, “Tak apa la sayang tinggalkan abang andai sayang jumpa orang yang lebih baik dari abang. Takapa abang redha”. Aku menangis mendengar katanya min masa tu. Tuhan saja yang tahu betapa ikhlasnya dia. Aku mohon petujuk yang kelihatan ada lelaki tersebut bukannya BF aku. Lama juga aku memikirkannya dan akhirnaya aku membuat keputusan untuk memilih lelaki tersebut. BF aku redha dan dia kata andai ada jodoh kita tak akan kemana2 dan dia tetap akan sayangkan aku sampai bila2. Akhirnya bernikah la aku dengan lelaki tersebut.

Syukur alhamdulillah aku bahagia dengan suami aku ni. Kami dikurniakan cahaya mata yang comel kehidupan aku bahagia. Namun setelah beberapa tahun bermula la kisah derita dalam hidup aku suami aku curang dengan rakan sekerja dan perempuan tu adalah isteri orang. Ya allahhhhhh tuhan saja yang tahu betapa rebahnya aku bila dapat tahu. Suami aku mengakui dan mohon maaf serta berjanji tidak akan mengulangi lagi.




Terus terang min hati aku sudah tawar dan hilang sudah perasaan sayang aku pada dia min. Tergamak dia curangi aku sedangkan aku sudah terlalu banyak berkorban untuk dia, terlalu banyak min hingga tak mampu untuk diluahkan. Baru2 ni BF lama aku datang ke tempat kerja aku. Dia tahu segala yang melanda hidup aku. Dia menangis min menyalahkan dirinya kenapa lepaskan aku dahulu hingga aku menderita begini.
Rupanya hingga sekarang dia belum berkahwin min dan sekarang dia berada diluar negara kerja.

Tugas kini tinggal berbaki 2 tahun lagi dia berada disana. Aku bagitahu dia, ini agaknya balasan yang aku terima kerana meninggalkan dia dahulu. Dia sentiasa menyalahkan dirinya kerana meninggalkan aku dahulu. Aku redha atas apa yang jadi ke atas aku min.

Sekarang aku masih bersama lagi dengan suami aku tapi perasaan aku ada pada bekas bf aku.. pada dia bila pandang suamu aku teringat dia pernah curang dan aku jadi benci min. Dan aku dan bf aku rancang nak berjumpa. Aku nak bercerai dengan suami aku.. Aku cuba pupuk sayang kembali tapi entah sampai bila perasaan tu akan kembali lagi min.

Aku tak tahu la kenapa hidup aku begini, mungkin sudah suratan takdir hidup aku. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan atau lebih baik aku pendamkan saja biarla hati aku derita kerana mungkin tu lebih baik. Maaf semua jika ia terlalu panjang. Terima kasih min kerana sudi membaca luahkan aku.

Leave a Comment