"> Suami saya juga jenis tak tahu malu bila dia bawa bini orang keluar dan dia tak bertanggung jawab langsung, duit belanja dapur, duit tuition anak semua saya tanggung - Luahan Kisah

Suami saya juga jenis tak tahu malu bila dia bawa bini orang keluar dan dia tak bertanggung jawab langsung, duit belanja dapur, duit tuition anak semua saya tanggung

Saya telah mendirikan rumah tangga selama 17 tahun, hari ini saya nak tanya pendapat kawan². Suami saya ni jenis yang suka control sangat tak bagi saya jumpa parents saya, saya mempunyai 3 orang, dia akan pukul saya dan anak saya, kalau balik rumah emak saya. Time raya pun dia tak bagi saya dan anak² saya balik, dia akak cakap kalau saya nak balik rumah emak saya pergi berambus jgn bawa anak anak dia. Kadang rasa rindu dengan family. Emak dan ayah saya selalu risau pasal saya dan anak² saya. Sejak kebelakangan ini(dah 5 thn) dia ada hubungan dengan perempuan lain, perempuan itu dulu merupakan kawan saya sekarang menjadi perempuan simpanan dia, hari² keluar dengan perempuan itu,perempuan itu kerja kat kantin sek, dia sanggup hantar perempuan tu pukul 4 pagi, tapi bila suruh hantar anak ke sek dia akan cakap itu bukan kerja dia.




Kalau saya tanya dia akan gaduh and pukul saya dan anak² saya, dia juga ugut saya dan anak² saya. Saya dan suami saya tinggal di satu rumah dan tak bercakap Dah 5 tahun saya hidup berseorang walaupun dia ada, suami saya tidak memberi nafkah duit makan minum anak, apatah lagi saya. Saya terpaksa belanja dapur semua, dia hari² keluar dengan perempuan ini, perempuan ini dah kawin and mempunyai 4 orang anak dan suami. Suami dia jenis tak berkerja, so perempuan ini akan keluar sesuka hati dia, suami dia terpaksa diam.

Suami saya juga jenis tak tahu malu bila dia bawa bini orang keluar dan dia tak bertanggung jawab langsung, duit belanja dapur, duit tuition anak semua saya tanggung, tapi dia akan control anak² dan saya.Saya dah tak tahan dengan sikap dia yang begini,saya bercadang untuk ceraikan dia dan bawa anak² saya bersama saya, tapi saya tak tahu bagaimana untuk keluar dari sini. Saya dah bt aduan dekat pejabat agama islam tetapi macam tak de responce je, makin hari makin menjadi perangai dia orang, sekarang keluar malam balik pagi kul enam, saya nak mintak pandang kepada pembaca tolong bagi pendapat untuk saya,saya menjadi buntu dan tertekan dengan keadaan saya yang sebegini. Harap semua pembaca dapat doakan saya dan anak² saya keluar dari pada dia dengan selamat.




Leave a Comment