"> Mak mentua hanya masak untuk aku dan anak2 tapi makanan yang bukan dalam ketegori pantang dan jahitan aku terbuka lagi ya Allah sakitnya hanya Allah yang tahu - Luahan Kisah

Mak mentua hanya masak untuk aku dan anak2 tapi makanan yang bukan dalam ketegori pantang dan jahitan aku terbuka lagi ya Allah sakitnya hanya Allah yang tahu

Assalammualikum warga krt..tujuan aku menulis nurkilan ini bukanla untuk mengaibkan sesiapa. aku sendiri pun banyak khilafnya cuma nak kongsikan pengalaman aku sahaja. Kekadang aku tertanya2 kenapa sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan dan tak dapat maafkan apa yang berlaku dekat aku dan anak2 selama aku berpantang di rumah mentua. Alhmdulillah bersalin anak ke 2 Allah permudahkan urusan aku. aku bersalin normal. hari ke 3 kami bertolak balik ke kampung suami. semua berjalan lancar. Selama 5 hari dirumah mentua aku dilayan baik mungkin sebab suami ada untuk uruskan segala keperluan aku dan anak2. sampaila hari ke 8 jahitan aku terbuka balik dan terpaksa dijahit. doktor cakap mungkin faktor perjalanan terlampau lama masa balik kg (kira2 9 jam dalam kereta). itu memang khilaf aku sebab aku yang cuai lagipun nie pengalaman pertama bersalin normal.




Sebelah petang selepas aku dah kena jahit untuk kali ke 2 suami aku bertolak balik untuk kerja, tinggallah aku dan anak2, disinila bermula mimpi ngeri bagi aku. Malam pertama anak aku yg sulung tetiba terkejut menangis2 cakap ada ‘hantu” disebelah die. Anak sulung baru umur 3 tahun.sebelum anak aku bangun menangis2 aku dah kena gangguan dulu. . kena tindih sampai x boleh bernyawa aku lawan, bila dah terjaga aku rase seram sejuk dan masa tue jugakla anak aku yang sulung pun menangis sakan, si baby pun menangis sekali bila aku cuba kejutkan mentua, aku pulak yang dimarah padahal die mmg tidur sebelah baby. jadi apa fungsi dia tidur sebelah baby kalau tak boleh tolong aku. masa tue hanya Allah yang tahu. bunyi dekat luar rumah x payah cakap la. macam3 ada, anak non stop menangis tiba2 aku hilang kawalan aku tinggikan suara dekat anak sulung aku supaya diam dan aku terpu kul dia..ya Allah berdosanya aku sebagai ibu padahal anak bukan tahu apa pun.
Tetiba mentua aku bangun dan bebel2 kat aku, tak hbis2 ayat “pukul anak tue kenapa,dah meroyan ke”.ya Allah sedih hati aku berderai air mata aku hanya Allah yang tahu. aku istifar aku ambil anak kat tangan mentua aku mintak maaf dengan dia sebab terpaksa kejutkn dia dan aku uruskan dua2 anak aku walaupun luka jahit kali ke2 masih baru tapi aku gagahkan jgk. aku lawan sakit aku demi anak2.sejak dari malam tue aku tak pernah lagi kejutkan mentua walau teruk mana pun anak2 menangis aku hadap sorg2.

Hari2 yang aku lalui terlampau perit bagi aku hampir setiap hari aku mntal aku dide ra. dalam pantang akula basuh baju anak2, jemur baju, uruskan anak sulung, mandikan si sulung, mandikan si baby ya Allah aku rase penat sangat sampaikan aku langsung tak ada masa untuk rehat. Mak mentua hanya masak untuk aku dan anak2 tapi makanan yang bukan dalam ketegori pantang dan jahitan aku terbuka lagi ya Allah sakitnya hanya Allah yang tahu. bila aku mengadu aku yang disalahkannmentua aku asyikla duk kata aku yang terlampau aktif n kasar terusla dibandingkan dengan kakak ipar ya Allah perit sangat aku rasa. Anak sulung aku bila balik kg jadi terlampau manja suka menangis mengamuk macam2 la perangai tak elok keluar aku sebagai ibu lasung tak boleh nak tegur. bila tegur mak mentua cakap aku tak pandai mainkan peranan sebagai ibu dan macam biasa akan bandingkan dengan kakak ipar aku..setiap hari ada sahaja yang tak kena..ada sahaja perlian keluar dari mulut dia.

Kakak ipar aku lagilah melampau2 perangainyer yela anak kesygan..untuk pengetahuan kakak ipar aku nie ada anak sorg umur 2 tahun. melambung2 dia puji kakak ipar aku. pandai jaga anak pandai didik anak. tahu berdikari macam2 la. selalu bandingkan cucu. Even kakak ipar duk sekali tapi x pernah membantu. kalau aku mandi sibaby menangis sampai tak ada suara tak sorang pun nak dukung. aku la yg cepat2 mandi n berlari2 tenangkan sibaby. even tengah makan sibaby nangis aku dengan tangan penuh nasi sambil suap kn si sulung sambil tue ribakan n susukan dibaby. org lasung tak ambil kisah. siap boleh dengar hilai tawa dekat luar. setiap malam aku berendam air mata hampir meroyan aku dibuatnya.
Pernah sekali ada tamu datang lama dorang borak2 padahal masa tue dah dekat maghrib perut aku dah lapar. sisulung dah nangis nak nasi tapi mentua aku sibuk layan tamu kakak ipar ada tapi melepak dalam bilik. aku bukan tak boleh masak tapi aku memang tak daya sebab mase tue baru hari ke 2 selepas jahitan yg ke2 kali. bila die tengok si sulung nangis duk la dia cakap’kenapa nangis lapar ke?akak dulu pantang masak jer sendri x perlu tunggu mak pun.” Ya Allah munafik nya dia sedangkan aku tau macam mana layanan semua orang masa die dalam pantang dilayan bagai puteri.malam tue aku tak sentuh pun nasi aku suapkan si sulung sahaja.terasa betul aku dengan kata2 dia..




Selama dekat rumah mentua aku sentiasa senyum walau diherdik. diperli. Dilayan macam org asing dan aku sentiasa keluarkan ayat “maaf” walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu bertapa terlukanya aku. pernah aku terpikir nak lari tengah malam bawa anak pergi stesen bas tapi aku fikir panjang nanti takut jatuhkan air muka mentua dan suami kalau ada sesiapa persoalkan kenapa aku lari bawak anak2. Selama berpantang aku tak dibenarkan bertungku, berurut, mandi air akar kayu alasan semua tu amalan org lama2..klu ikutkan mandi pun dia nak aku mandi air paip biasa tak perlu air suam. tapi aku kuatkan hati aku buat sendri air mandian aku.
Allah maha mendengar maha kaya satu hari Allah hadirkan seorang insan datang bertamu ke rumah mentua..dalam satu malam die nampak ape yang berlaku dekat aku dan anak2,insan tuela yang bagitau suami aku keadaan kami padahal aku lasung tak buka mulut die nampak segalanya.sebelum nie aku x pernah ceritakan ape2 pun dekat suami,sebab aku taknak dia susah hati sebab dia pun tinggalkan kami untuk mencari rezeki.

suami aku call dan bgitau yang ada orang sampaikan sesuatu masa tuela air mata aku berderai trus aku pujuk suami untuk ambil aku dan anak2. Aku tak cerita apa yang berlaku cuma aku cakap aku dan anak2 perlukan dia dan aku nak balik dan berpantang sendri. luka jahitan aku terbuka pun aku tak bagitahu suami aku cakap aku dah sihat aku boleh berdikari sendri. malam tue jugak suami aku call mentua cakap nak ambil aku dan anak2 dalan masa 2 hari lgi masa dalam phone mentua x bagi aku blik n dia pujuk suami supaya aku stay sampaila habis pantang tapi suami memang bertegas nak jugak ambil aku. letak jer phone dia terus jeling aku masa tue jugak tamu datang tiba2 aku dengar dia cakap kuat2 ‘anak lelaki klu dah kawin memang dengar cakap bini jer..kita dah layan bini depa bagus pun tak nampak jugak. “Bini yang suka hasut suami nie datang dari benih tak elok benih ib lis” ya Allah masa tue bergetar habis satu badan aku.. panas muka n telinga masa tue klu ikutkan hati yang amarah aku nak bangun dan lawan balik tapi Aku masih ada secebis rase hormat yang tersisa..aku telan sahaja walau hati nie terluka yang amat.




Setiap hari berdoa supaya cepat la masa berlalu.. Alhmdulillah hampir setahun dah berlalu tapi perit tue masih terasa.sampai sekarang aku lasung tak bercerita dengan suami apa yang berlaku..padahal aku duk rumah mentua cuma 2 minggu..untuk pengetahuan semua suami aku bagi lebih 2k dekat mentua upah jaga aku selama dalam pantang.mungkin ada yg terpikir kenapa tak berpantang rumah ibu sendiri?aku baru kehilangan ibu tercinta mase aku tengah pregnant yang ada cuma ayah tue pun dah 62 tahun.

Leave a Comment