Dulu aku pernah nak cari perempuan lain sekali kantoi msg dengan perempuan lain dia lempang aku sampai pecah gegendang telinga aku lepas sebulan dengan izin Allah doc cek tak ada kesan pecah pun dekat telinga aku,

Dulu aku pernah nak cari perempuan lain sekali kantoi msg dengan perempuan lain dia lempang aku sampai pecah gegendang telinga aku lepas sebulan dengan izin Allah doc cek tak ada kesan pecah pun dekat telinga aku,

sambung cite. tq min,dan tq komen2 yang positif dan negetif. aku dari kisah hutang dipasar, kawin 5 tahun, anak 3, bila isteri baru kerja 3tahun, hal ekonomi aku memang teruk sebab aku org susah aku salah seorang dalam proram AKPK. dari 3k byr taska rm940, minyak kete anggaran rm600 sebulan, pempers/susu rm450, lebih tu lah segalanya 22 pakai kereta (kereta tempatan) bukan import. sebab kerja memerlukan penggunaan kenderaan. motor aku ada tp rosak,duk tersadai tak ada modal nak repair. rm3000 tu gaji bersih kami suami isteri selepas potong rumah(loan rumah atas nama/potong gaji aku sorg,) dan loan dan kenderaan.

Aku cakap biasa je pasal mak tak boleh ganti, isteri boleh ganti. mungkin ko orang semua tak faham dialek cakap tu mcm mana. aku cakap sebab gaji aku banyak potong kita gabungkan gaji. utamakan mana yang lebih utama. tapi tak.. dapat gaji kejap tudung, kejap pakaian dia dan pakaian anak. balik2 rumah cakap ada beli baju.. ada beli tudung. aku tahu perlu tapi banyak lagi yang utama dari itu,a ku kata, bukan pergi kerja pakaian yg sama hari2. dia cakap biarlah duit aku.. aku pun ok lah,ye lah duit ko. aku nasihatkan dia utamakan keluarga.. bila dah duit tak cukup jeng2 mula dah itu ini. caci mki hina jadi mainan aku pun pinjam duit orang.. hutang barang2 dapur.

Hal makan ayam tu aku nasihatkan dia, kalau kat syria tu makan bangkai kucing, bangkai anj1ng, makan rumput.. ko tak reti bersyukur betul kan. hal roti nan tu, aku makan rm4.50 je roti dengan air teh halia. sebab perut masuk angin minum teh halia adalah juga rasa lega keluar angin. aku dulu seorg perokok tp dah 4tahun aku berhenti merokok alhamdulilah nikmatnya. hal rokok pun aku tak dapat support moral dari isteri utk berhenti, malah diperli2 eleh yelah, aku nak tgok berapa lama berhenti, sehingga aku kata tak apa aku ada Allah..

Allah boleh tolong aku alhamdulilah sampai sekarang aku tak merokok. hal rumah mak aku, aku setel anak dulu mandikan anak main dengan anak sampai isyak aku solat, tung tang2 jam 9lebih mlm aku keluar pergi rumah mak aku.anak2 rapat dengan aku. aku rindu 1tahun aku kurang masa dengan anak yang sulong, kebetulan dia kerja ada lah masa aku dengan anak2. borang permohonan cerai dah lengkap tapi duit tak ada pulak rm30 je nak proses, bukan tak ada cuma nak jimat sampai gaji. ko ni tak kan rm30 pun tak ada daif! betul! betul menyesal aku kawin dengan ko.. sebab aku dah biasa dengan hinaan cacian tu aku pun kata ya aku daif aku miskin.. tunggu gaji nanti aku bagi ko rm30 ko hantar lah borang cerai tu. Tapi kalau ko tak sabar ko cari lah duit sendiri rm30 tu.

So sekarang borang tu ada dalam kereta dia..tadi dia ada mintak maaf,aku kata ya aku maafkan.. tapi aku bukan yang dulu.. lagi..hati aku dah rosak kerana perangai dia. dia ingat aku macam adik beradik dia, gaduh lepas 2/3jam baik.. puih! mak dia… 5 tahun aku sabar dengan mintak maaf bodh dia, sebab sebelum ni dah byk kali dia minta maaf aku dengan bodohnya terima maaf dia,dan baik2 je..sekarang hati aku dah rosak dengan perangai dia.
itu belum hal hubungan kelamin lagi. dari mula kawin hingga sekarang berapa kali je dia layan aku. boleh kira dia layan aku. aku kalau aku tak tahan sangat aku paksa je aku ada cakap hal ni dari awal perkhawinan salah satu sebab berlakunya penceraian ada lah hubungan kelamin,

Dulu aku pernah nak cari perempuan lain sekali kantoi msg dengan perempuan lain dia lempang aku sampai pecah gegendang telinga aku lepas sebulan dengan izin Allah doc cek tak ada kesan pecah pun,aku pelik doc pun pelik, hal ini terjadi sebab layanan tak baik.dua kali dia cuba bunuh aku, sekali dengan pisau,lepas tu pagi tadi sebab aku tak layan dia cakap dan aku cakap mcm herdik2 dia sebab hati aku dah rosak dengan perangai dia,dia ambil gunting nak tikam aku,terus aku cakap ha…. bagus aku report polis.. terus dia simpan balik. tadi aku tengok dalam shopie ada Jual patung.. aku ingat nanti aku nak beli,aku cakap kat dia patung ni lebih mulia dari ko.. aku tak cukup duit ke, aku miskin ke dia tak hina caci maki aku. Dan keluarga aku .. kalau rezeki aku nak peganti isteri aku secepat mungkin, sebab aku nak g solat jemaah subuh kat masjid, senang ada org tgok anak2 aku, sebelum ni aku pergi waktu magrib isyak.. tapi aku terpaksa tak pergi sebab anak aku tak ada masa dengan aku.so aku pergi waktu subuh je jemaah.. sekian hide min tq

Leave a Comment