Masalahnya mula berlaku pada beberapa tahun lepas di mana saya telah curang dan meniduri perempuan lain kerana dig0da

Masalahnya mula berlaku pada beberapa tahun lepas di mana saya telah curang dan meniduri perempuan lain kerana dig0da

As salam pembaca semua. saya seorang suami dan mempunyai seorang anak. hampir 5 tahun kami berumah tangga dan hampir ke penghujungnya. kami sepakat akan berpisah dan dalam proses ke arah itu saya seorang .
yang sangat rajin dan semua kerja2 rumah hampir 95% saya sendiri yang lakukan saya juga. jenis yang sangat pembersih, tapi tidak pula pada isteri saya. Isteri hanya tolong saya memasak dan menyusukan anak sahaja. Tapi itu bukan masalahnya. Isteri saya mempunyai masalah tidak suka bersama bila melahirkan anak yang pertama.

Anggaran tidak lebih dari 2 kali atau sekali je kami bersama dalam sebulan. sangat2 lah tersiksa bagi seorang lelaki muda seperti saya.Tersangatlah cemburu melihat pasangan lain bermanja2 dengan isteri. Masalahnya mula berlaku pada beberapa tahun lepas di mana saya telah curang dan meniduri perempuan lain kerana dig0da. Bila diingatkan balik saya menyesal sangat2. tapi disudut hati ini masih sayangkan anak2 saya. Saya mula dekatkan diri dengan tuhan. Dia terima saya semula tetapi tidak lagi seperti dahulu. hubungan kami semakin renggang.

Saya cuba sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga saya. kemuncaknya bisnes saya jatuh dan tidak dapat diselamatkan. Saya hilang punca pendapatan dan cuba mencari kerja yang sesuai dengan saya. Tetapi rezeki saya belum cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga kami. Isteri saya mintak diceraikan. Saya hanya berserah di atas ketentuan ilahi dan ia sebaik2 perancang. Doakan saya dimurahkan rezeki. kepada pembaca berilah komen yang membina. sesungguhnya kalian semua dimurahkan rezeki dan keluarga yang bahagia.

Leave a Comment