Sampai satu tahap saya post gambar perempuan tu di fb saya tapi perempuan tu mengadu pada suami saya lalu suami saya mengamk marahkan saya

Sampai satu tahap saya post gambar perempuan tu di fb saya tapi perempuan tu mengadu pada suami saya lalu suami saya mengamk marahkan saya

As salam min, hidekan profil fb ni ye sebab guna fb kawan, Saya ade kisah yang saya nak kongsikan. maaflah jika kisah saya terlalu panjang. Begini ceritanya. suami ade failkan cerai pada saya bulan8 tahun ni. jadi saya diminta hadir mahkamah pada hjg bulan8. Hakim bertanya pada saya, sama ada saya setuju ke dengan tuntutan suami, saya cakap yang saya tak setuju, jadi hakim bagi tarikh untuk lantik wakil JKP dan minta hadir lagi pada awal bulan10.

Pada tarikh tu, kami hadir lagi sekali ke mahkamah.. Hakim bertanya pada suami, masih mahu teruskan tuntutan lagi ke pada saya? Suami cakap beri tempoh. Jadi hakim betanya pula pada saya bagaimana? Ada apa2 yang saya inginkan? Saya terus jawab yang saya inginkan kaunseling.. Jadi hakim suruh kami panggil wakil yang kami lantik. kemudian pihak mahkamah lanjutkan kes saya ke pjabat agama untuk kaunseling. jadi kami kena tunggu paggilan daripada pajabat agama untuk diberi tarikh perlu hadir sesi kaunseling bersama wakil. Pajabat agama telah beri tarikh hujung bulan11 untuk hadir.

pada awal2 proses, saya tinggal dengan family saya, suami tggal dengan suami. mase sebelum ke mahkamah kali kedua pada awal bulan10, suami mengaku dia ade perempuan lain. Jnda, anak 1. saya masih boleh bertenang pada mase itu. Sampaila satu tahap, saya dapat tahu siapa perempuan tu. saya tak boleh bersabar sebab suami terus2 bersikap dingin dengan saya even saya cuba nak selamatkan lagi rumah tangga saya. Sampai satu tahap saya post gambar perempuan tu di fb saya tapi perempuan tu mengadu pada suami saya lalu suami saya mengamk marahkan saya dengan kata2 yang menyaktkan hati. lalu terus dia block saya di semua socmed dia. Perempuan itu juga block saya.

Family saya suruh saya pulang ke rumah mentua, sebab nak saya dan anak ade depan mata suami, mane tahu hati dia lembut dan berfikir semula demi anak. Kebetulan mentua ade juga call dan suruh saya dan anak pulang ke rumah dia dgn tujuan yang sama. sampai di rumah mertua, kami tinggal berasingan. Suami di bilik dia, saya di bilik tetamu kerana suami tak benarkan saya berada di bilik dia. sepanjang di rumah mertua, suami langsung tak bertegur saya, pandang saya pon tak mahu.. Bila saya bertanya atau cuba bercakap dengan dia, dia hanya bisu dan buat tak tahu seperti saya tidak wujud..

Saya masih bersabar dan bertahan. Saya buat semua ni kerana anak. Baru ni, ade adik dia ingin pulang ke rumah mentua, jadi bilik tetamu tu diserah tuk adik dia duduk, jadi mak mentua beritahu suami yang saya akan tumpang bilik dia sepanjang adik dia ade dirumah itu.dia cakap dia benarkan masuk. pada hari adik ipar nak balik, suami pulang kerja awal. Smpai rumah dia terus masuk bilik dan kunci pintu. mak mertua saya pesan jangan kunci pintu sebab saya belum solat lagi. Saya tunggu suami keluar bilik, sudahnye saya terpakse tumpang solat asar dan maghrib di bilik mak mentua.

Anak saya berlari dtg pada saya, beritahu kepala dia berpeluh.saya katakan pada ank yang berumur 3thn lbh yang mlm ni dia tak mandi sebab baju semua ade dalam bilik suami. Mak mentua dapat tahu, dia ketuk pintu bilik suami suruh buka pintu, anak saya nak mandi. Tapi suami buat tak tahu. Terus saya call family saya untuk ambil saya dan anak mlm tu jugak sebab saya dah tak tahan diperlakukan begitu. Barulah mase tu suami buka pintu dan ke depan marah emaknya yang dia nk berehat.

Mak mentua pujuk saya supaya tdk pulang ke rumah family saya. Sebab saya cakap, klu saya pulang ke rumah family saya, saya tak akan jejak lagi ke rumah mentua saya lagi. Kebetulan mlm tu family saya tak dpt nak ambil saya. jadi tidor di bilik suami. Tapi saya tidor di bawah, suami tidor di katil. Anak saya tidor dengan atuk dan nenek dia. Start drp mlm itu, kami menjadi lagi bertambah dingin. saya benci lihat dia. Dia pon lagi bertambah dingin dgn saya. Dia kalau boleh tak nak terserempak dgn saya dalam rumah tu. duduk terperap je dalam bilik.

Anak pon klu rase nak layan, dia layan. Tapi sekejap saja. saya jumpa suami simpan gambar perempuan tu seorang dalam beg dia dan gambar mereka tgkap berdua dalam bilik dia. saya betul2 rase down sangat2. Saya kalau boleh nak pertahankan lagi demi anak saya. Saya rase mcm taknak hadir sesi kaunseling tu, saya redha je ape yang berlaku.. Tp hati saya betul2 ingin selamatkan lagi rumah tangga ni. Tolong saya pembaca2 semua, saya perlukan kata2 positif dan cadangan yang positif untuk kemelut rumah tgga saya ini. Lagi sekali maaf jika cerita saya ni panjang lebar dan berbelit2..

Leave a Comment