Baru2 ni anak sulung saya dapat nombor 4 dalam kelas masa exam akhir tahun ni Saya rasa bersyukur dan gembira sangat tapi isteri saya tak seronok

Baru2 ni anak sulung saya dapat nombor 4 dalam kelas masa exam akhir tahun ni Saya rasa bersyukur dan gembira sangat tapi isteri saya tak seronok

Salam admin nak luah sikit tentang isteri saya ni . Ermm macam mana nak cakap ya rumah tangga kami ok je masalah sekarang ni saya tak berkenan dengan cara isteri saya layan anak lelaki sulung kami . Saya ada 2 orang anak lelaki yang sulung 10 tahun yang bongsu 6 tahun. Anak sulung saya ni kelas nombor 2 dari 4 kelas . Isteri saya suka sindir anak tu macam2. Cakap tak pandai lah kelas hujung lah saya pernah nasihat dia jagan cakap macam tu dekat anak nanti emosi anak terganggu. Tapi dia tak ambik peduli. Dia siap marah saya jagan pandai2 nasihat dia sebagai ibu dia tahu mana yang baik .

Baru2 ni anak sulung saya dapat nombor 4 dalam kelas masa exam akhir tahun ni Saya rasa bersyukur dan gembira sangat tapi isteri saya tak seronok dia cakap ” kalau dapat nombor 4 tapi duduk kelas hujung buat apa? Dapt nombor 4 belom boleh naik kelas lagi tau! Tak bangga langsong mama ( sekolh anak saya yang dpt naik kelas nombor 1,2,3 je )”. Saya nak belanja anak mkn kfc sebab dpt keputusan elok pon isteri tak bagi dia kata membazir je entah apa yang seronok sangat . Tapi saya bawak je dia pergi kfc walau mama dia tk bgi .

Saya tak pasti sama ada anak saya faham atau tak dengan sikap mama dia . Saya selalu bgi anak kata2 postitif supaya dia tak terkilan dengn sikap mama dia. Anak saya memang jarang nak cerita hal2 sekolah dengan mama dia . Kalau ada majlis tanda tangan buku pelaporan , mesyuarat pibg mesti anak akan maklum kan dekat saya sebab dye tahu mama dia tk kan dtg . Kadang2 saya sampai terpaksa kerja half day kalau ada majlis dekat sekolah anak huhu . Padahal isteri saya suri rumah je boleh sangat kalau nk pergi.

Saya dh bosan sebenarnya dengan sikap isteri saya yg mcm tu. Bila saya nasihat dia marh saya balik kalau boleh saya tak nk lah berkasar sampai boleh bermasam muka . Tolong bagi saya idea mcm mana nk selesaikan masalah ni saya takut makin lama dibiarkan emosi anak saya makin terganggu sebb sikap isteri saya tu . Terima kasih semuaa.

Leave a Comment