Setiap kali aku tidak boleh bagi apa yang dia mahu dia akan hempas semua pinggan mangkuk semua habis dia baling sampai jiran2 dtg rumah bertanya pada aku

Setiap kali aku tidak boleh bagi apa yang dia mahu dia akan hempas semua pinggan mangkuk semua habis dia baling sampai jiran2 dtg rumah bertanya pada aku

Assalamualaikum. Sebelumnya saya berterima kasih pada admin sebab sudi siarkan cerita saya.. Aku adalah seorang suami yang ma lang.. Sangat sangat ma lang.. Aku mendapatkan seorang isteri yg tak reti bersyukur. Berapa pun duit yang aku beri tak pernah cukup bagi dia .. Siang malam aku bekerja untuk memenuhi semua kemahuan dia.. Tapi tak pernah ia hargai .. Shopping online hampir tiap hari. Macam2 dia beli . Barang kemas, Baju, tudung, mekap, bag.. Padahal dia dah punya banyak koleksi .. Bukan dia pakai pun semua tu ..

Ujung2nya kawan dia juga yang untung sebab asal kawan dia bertamu kat rumah je mesti dia akan bagi salah satu barang yang dia punya.. Kawan dia pun suka lah berkawan dgn dia. Aku kerap diberi malu didepan mertua aku. Dia cakap aku suami tak guna. Aku tak boleh nak bagi apa kemahuan dia. Beruntung mertua aku tak bekap dia. Malah dia kena nasihat supaya jgn menuntut macam2 bila suami tak mampu. Tp isteri aku tk pernah dengar nasihat.

Setiap kali aku tidak boleh bagi apa yang dia mahu dia akan hempas semua pinggan mangkuk semua habis dia baling sampai jiran2 dtg rumah bertanya pada aku, apa yg dah jadi. Sampai satu tahap tu aku dah rasa putus asa, aku ambik tali aku nak gntung diri sebab aku dah tak tahan hadap perangai isteri aku. Tapi tetiba aku teringat mak abah aku kat kampung. Aku teringat senyum diwajah dieorg setiap kali sambut aku balik.. aku buang tali tu dan aku istigfar banyak2.

Aku jeles dgn kawan2 aku yg dilayan layaknya seorang suami oleh isteri2 nya .. Sementara aku, dirumah aku kerap dilayan mcm sampah.. Ya Allah apa d0sa yg dah aku perbuat? Siang malam aku tk putus doa untuk isteri aku.. Aku nak dia berubah. Aku tak nak dia jadi isteri durhaka. Aku sangat2 sayangkan dia lebih dari nywa aku sendiri. Mungkin silap aku juga. Sebab aku tak bercermin terlebih dahulu sblm suka dgn anak orang berada seperti dia. Mohon pembaca krt doakan aku supaya aku boleh kuat dan lebih sabar lagi menghadapi isteri aku .. Mohon jgn beri saran supaya aku ceraikan isteri aku sebab aku sayangkan dia sangat2. Maaf jika ayat aku berterabur.

Leave a Comment