Saya tak tau sejauh mana min tapi bila dah sampai bercuti bersama selfie berdua berpegang2 dalam kereta

Saya tak tau sejauh mana min tapi bila dah sampai bercuti bersama selfie berdua berpegang2 dalam kereta

Salam min, hide fb saya…Tq min. Saya nk cerita kisah hidup saya, kisah benar yang terjadi harap di jadikan tauladan untuk semua. saya dah berkahwin 5 tahun, suami saya pernah curang ketika usia perkahwinan 1tahun lebih, suami kantoi berhubung dengan ex. Allah nak tunjuk. satu² terbongkar apabila saya tergerak untuk stalk fb/ig ex suami saya, ex suami saya tanpa segan silu update gambar mereka berdua min, bpegangan tangan dalam kereta. hancurnya hati saya, setelah saya selidik rupanya suami saya pernah bjumpa pmpuan 2 berkali² tanpa pgetahuan saya, bercuti bersama. nampak sgt bahagia min.

Terlalu banyak suami tipu saya. patutla suami cepat nk ambil hp bila saya nk pegang, rasa tak senang hati. Suami juga selalu keluar malam2 dengan kawan² saya tak pernah halang, rupanya dia contact dengan ex d belakang saya. Saya tak tau sejauh mana min tapi bila dah sampai bercuti bersama selfie berdua berpegang2 dalam kereta. Lain² Allahualam, Allah shj yang tau min. suami yang selama ni saya percayai. hari2 ada depan mata sanggup tipu saya min. Benar kata pepatah kalau nak curang takperlu jauh, depan mata pun boleh.

Dah kantoi, saya separuh gile mgamuk. suami saya sanggup bersumpah tak mgaku min, tapi dah terlambat ex dia sendiri yang bocorkan sgalanya.. takde rasa malu upload gambar mereka bercuti bersama. Suami merayu minta maaf, mlutut cium kaki. saya tak dapat terima, tapi dqlam masa yang sama saya cuba bertenang.. saya slowtalk dengan suami, minta dia buat pilihan.. suami pilih saya min. Tapi saya dqh takde hati lagi, saya nak dia pilih ex dan lepaskan saya. tapi suami saya mti² taknak, kalau taknak kenapa curang? Kenapa buat mak siat blkg saya.

Alasan suami sebab saya tak mengandung min. sebab takde anak, ya Allah… baru 1 tahun lebih kawin suami dah takde rasa sabar. Saya contact ex suami dan dia mgaku mereka masih ada rasa cinta dan suami saya sendiri yang cari dia, mana saya nak lex maruah saya min. bagai d pijak². Suami saya minta peluang mulakan hidup baru dan lupakan ex dia. bukan senang saya nak terima min, tiap malam saya menangis mengenang nasib saya. sukar untuk saya terima min, sedangkan saya setia dan hanya ada dia saja min, takpernah tfkir nk cari ex or lelaki lain. 2 bulan selepas 2 saya d sahkan hamil min, tapi bukan rezeki saya, dan saya keguguran, dlm tempoh 2 bulan tu saya stress menangis stapi malam, emosi tak stabil. Mungkin kerana saya stress, mjadi punca saya keguguran. kami redha.

2 tahun berlalu saya mula terima suami min, suami berubah. ex suami dah pun kawin min, saya rasa lega. Tak lama lepas 2, saya d sahkan hamil kali kdua tapi masih bukan rezeki saya, saya keguguran lagi. sedih min, tapi allah uji saya. Tak lama lepas 2. Saya lekat lagi kali ke 3, alhamdulillah kali ni moga2 rezeki saya, dah lepas 3 bulan usia kandungan saya rasa lega, kandungan sihat min. Dalam kegembiraan untuk mulakan hidup baru bersama anak dlm kandungan. Saya d uji lagi. Suami saya skandal dengan budak bawah umur, budak 2 kerja sebab berenti sekolah min. dengan keadaan saya mgandung kali ni, alhamdulillah kandungan saya sihat min tapi suami buat hal lagi. btl2 saya stress min, kali ni allah tunjuk lagi min.

Keluarga budak 2 cari saya, kluarga budak 2 kata tiap malam suami saya hantar budak 2 balik keja. kuarga budak 2 dah nasihat suami saya sebab budak 2 bawah umur, n suami dah berkahwin tapi mereka tetap bhubung. sampai 1 hari suami mc min, rupanya dia jumpa budak 2. saya pergi kerja, mereka bjumpa sarapan bersama. Entah kemana lagi min. Keluarga budak 2 yang bgtau saya suami datang ambil kat rumah.. luluh hati saya min, kami bgaduh besar lagi. Suami merayu lagi min, dia minta peluang lagi sekali, mcaam biasa mlutut merayu min. saya tanya apa alasan untuk kali ni, kerana anak? Suami tak dapat jawab min. dia kata budak 2 mulakan dulu, begitu rapuhnya hati lelaki min. mudah goyah. Suami janji kali ni dia akan berubah min, dia minta peluang lagi sekali untuk anak dlm kandungan saya.

saya takmampu berkata min, hati saya hancur remuk. Tak layak kah saya bahagia seperti pasangan lain? Saya hanya fikirkan anak min. saya nak besarkan anak ni seorg diri, tapi suami merayu lagi. dia berjanji takkan terjadi lagi, kalau terjadi lagi dia sendiri akan lepaskan saya kali ni. tapi saya tak sanggup untuk terjadi kali ke 3, saya nak undurkn diri min. tapi suami takkn lepaskan saya. Saya buntu. mohon semua warga krt doakan yang terbaik untuk saya dan anak dlm kandungan ni, semoga saya terus tabah mhadapi liku² hidup n segalanya dpermudahkan shingga bayi saya selamat dlahirkan. amin.. tq min.

Leave a Comment