Kalau anak nangis kuat, disetnkan saya ni dan Kalau anak gaduh pula Di binatngkan anak tu. Saya ni hari2 makan airmata min. Sampai anak yang jadi mangsa.

Kalau anak nangis kuat, disetnkan saya ni dan Kalau anak gaduh pula Di binatngkan anak tu. Saya ni hari2 makan airmata min. Sampai anak yang jadi mangsa.

Assalamualaikum min. Tolong siarkan kisah saya. Saya suri rumah. Ibu kepada 3 orang anak. Saya sebenarnya nak mintak pendapat warga krt. Macam mana cara nak bagi suami ceraikan saya tanpa ada dendam maksudnya cerai cara elok. Dah ajak bincang cara elok tapi dia taknak lepaskan saya. Saya bukan suka2 nak mintak cerai. 5 tahun saya pendam semua ni sorang2. Saya jenis yang takkan cerita masalah rumahtangga saya pada org wlaupun pada mak ayah saya sekalipun. Saya tak suka orang cakap buruk pasal keluarga saya sebab tu saya jaga aib suami saya, saya rela pendam semua ni.

Suami saya kerja kampung. Saya tak kisah hidup susah tapi saya takboleh hidup dengan orang yang pemalas, tak bertanggungjawab dan takde masa depan. Suami saya sebulan kerja berapa hari je min. Duit gaji dia, dia bagi saya separuh dalam seratus lebih. Duit tula disuruh beli barang dapur, pampers anak, susu anak, bayar bil api air. Memang takkan cukup min. Saya la yang nak kena fikir mana nak cari duit selebihnya. Nasiblah saya ada jadi ds online. Blh la tambah sikit2 min. Tu pun makan nak kena catu. Ayam sebelah 2 hari. 5 ketul sehari. Pagi ambil seketul makan 3 orang ngan anak. Nasib yang kecik takmakan nasi lagi. Minum susu je. Petang seketul. Malam seketul. 2 ketul lagi untuk bapaknya yang lewat petang baru bangun. Bangun2 nak makan. TAKde makanan mengamok.

Sedih min hidup macam ni. Hari2 kerja dia tidur, bangun pkul 5 6 petang. Pastu kluar. Balik main game sampai ke subuh. Dan tidur balik sampai 5 6 petang. Macam tula min hari2 kalau dia tak kerja. Saya dh macam z0mbi min pagi2 bangun, mana ngan anak nangis. Nak masak, nak mandikan anak. Anak yang kecik taknak duk bawah. Saya lah kehulur kehilir gendong anak masak lagi mandikan anak yang lain lagi. Kalau anak nangis kuat, disetnkan saya ni dan Kalau anak gaduh pula Di binatngkan anak tu. Saya ni hari2 makan airmata min. Sampai anak yang jadi mangsa.

Anak gaduh sikit saya pkul sebab taknak dia yang pkul anak. Tangan lelaki kan. Kalau pkul mmng sakit, tak sama ngan tangan ibu yang pukul anak. Saya ni dah banyak kali mintak cerai. Macam2 saya cakap. Tapi dia tetap taknak saya. Mungkin dia dah terlalu selesa jadi raja dalam rumah saya sendiri. Dia masuk cuci kaki je. Satu sen pun tak payah bawak kluar duit. Dan mungkin dia tahu yang saya mmng blh hidup kalau dia takde sebab saya dah biasa cari duit sendiri. Saya dah macam tak betul dah. Macam depression pun ada.

Dia kalau gaduh habis barang dalam rumah dipecahkan nya. Saya dah trauma nak gaduh. Sebab tu saya mintak warga krt bagi saya idea macam mana saya nak lepas dari dia sebab dia jenis baran yang takboleh bawa bincang, mak ayah saya pun dibbi2 kanya. Nak mintak fasakh ambil masa lama. Dan saya kalau boleh taknak dia ambil anak. Dia selalu ugut kalau mintak fasakh dia akan ambil anak. Saya mmng taknak anak tinggal dengan dia. Maunya kebulur anak saya nanti. Lagipun saya susah nak turun naik mahkamah bnyk kali dengan anak2 lagi. Mintak warga krt bagi komen yang membantu. Bukan kecam saya. Saya juga manusia yang tak lepas dari buat silap. Dan sesungguhnya saya adalah wanita yang paling malang sebab salah pilih suami. Terima kasih min.

Leave a Comment