Hari ini salah seorang sahabat suami saya menyatakan kalau dia sudah lama sukakan saya sebelum kami berkahwin lagi

Hari ini salah seorang sahabat suami saya menyatakan kalau dia sudah lama sukakan saya sebelum kami berkahwin lagi

Assalamualaikum. Hai admin dan Hai seluruh warga krt. Terlebih dahulu , memohon admin hide kan profil saya. Saya ingin berkongsi sedikit kisah yang berlaku hari ini. Untuk makluman warga krt. suami saya mempunyai tiga orang sahabat yang sehinga kini masih berkawan sehingga lah berkahwin. Kami semua sering keluar makan bersama sama dengan isteri masing masing. Bercuti juga turut bersama sama.

Hari ini salah seorang sahabat suami saya menyatakan kalau dia sudah lama sukakan saya sebelum kami berkahwin lagi. Untuk pengetahuan semua, dia juga sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak serta isteri yang sangat cantik. Dan hari ini dia telah mengirim message whatsapp kepada saya menyatakan dia kalau bole ingin kan saya sejak dulu. Tetapi memandangkan dia bersahabat baik bersama suami saya, dia batalkan niatnya.

Lalu tiba tiba isterinya chat saya dan mengatakan saya melayan suami dia padahal saya tidak sama sekali membualkan perkara luch atau tentang perasaan sama sekali dan saya hanya menganggap suaminya hanya bergurau sahaja. sebaliknya suami dia yang berbuat demikian. Malah saya juga mendapat kiriman whatsapp dari kakak isteri nya yang memki hamun saya seolah olah saya dah melakukan hubungan sulit dengan suaminya. Sedangkan saya begitu terkejut menerima whtsapp tersebut. Suaminya seakan bernafsu melihat saya.

sejujurnya saya seorang wanita yang bertudung dan tidak pernah melakukan sebarang tindakan seperti menggoda atau melayan suaminya melebihi sebagai sahabat suami saya. saya juga tidak pernah terfikir mahu berbuat demikian kerana saya amat sygkan suami saya.
Suami dia juga turut menokok nambah cerita bahawa saya telah menggodanya dan saya mengajaknya melakukan zna. Nauzubillahi minzalikh.

Jadi untuk dijadikan cerita , saya kelihatan begitu hina sehingga isterinya mengganggap saya wanita tidak bermaruah dan tlah mengganggu keamanan rumah tangga mereka. Kesimpulannya, Saya mahu meminta pendapat warga krt, adakah dibenarkan untuk saya melakukan tindakan undang undang terhadap lelaki terbabit yg telah memalukan dan menjatuhkan maruah saya dan suami? Dan apa tindakan sewajarnya saya ambil?

Suami saya juga mengetahui hal ini tetapi tiada respon darinya kerana mungkin dia terlalu kecewa dan tidak menyangka sahabat yang dia sayangi sejak kecil sanggup melakukan perkara ini padanya. saya juga rasa amat bersalah seolah olah saya pula yang bersalah dalam hal ini. Mohon pencerahan dan saya tidak mahu ada sebarang komen negatif . Ribuan terima kasih buat semua yang sudi membaca.

Leave a Comment