Paling teruk pernah kena masa saya tak bgitau dia saya balik, saja nak buat suprise birthday dia beli bunga ngan kek. saya dh pakat dgn mertua

Paling teruk pernah kena masa saya tak bgitau dia saya balik, saja nak buat suprise birthday dia beli bunga ngan kek. saya dh pakat dgn mertua

Slm min. Hide profile saya ye. Saya cuma nak mintak pndpt warga KRT sekalian. Saya muda lagi. bru 22 tahun. Saya kerja polis kat sarawak dan saya orang semenanjung, saya kawin masa umur 20, masa tu tamat latihan dan saya kena posting sarawak, saya mintak bertunang dengan isteri saya. Dia taknak sebab dia cakap tunang tu macam tak ade apa2 ikatan pun. Jadi kmi putuskn untuk kahwin, simple je majlis, makan2 family je. hantaran pon 2k je sebab saya dah cakap tak ssmpat nak kumpul duit lagi , maklumlah bnyak nak gna duit nak posting negeri orang nanti. tapi dia stil setuju..

Pendekkn crita sah lah kami suami isteri.. isteri saya sekarang ni bru 20 tahun. Saya kerja dalam 4 bulan kat sini dan rasa dah stabil, saya ajak dia datang tnggl dengan saya.. dia tolak.. saya pun faham mungkin dia bosan kat tempat baru, nak selesakn diri pun susah. Ok lah. lepas tu dalam 3-4 bulan macamtu dia tanya saya tak nak balik keje sna ke (semenanjung). saya memang lah nak tapi nak buat macam mana, saya masih bru, tak brani nak mintak lebih2 dari orang atasan. dia pun tak kerja, duduk dengan mak ayah dia lg tanggung

Saya ada suruh dia sambng belajar, dia taknak. ksrja pn tak nak.. tak tau lah tiba2 jadi macam tu.. Saya bagi dalam rm500 sebulan, saya nak bagi lebih tak ade duit juga.. cukup lah kot untuk dia bli barang kemahuan dia. anak pon tak ade lagi, makan pn mak ayah tanggung.. mertua ada bagitau tak payah bagi duit tu, tapi kewajipan saya perlu la buat. Tapi sekarang ni dia cakap saya tak faham dia sebab saya tak mmpu balik 2 bulan skali jumpa dia. Saya cakap saya tak mmpu nak balik 2 bulan, masalah kesuntukkan wang satu hal. cuti pun tak lulus kerap sangat. tak kan nak balik sehari je.

Ada juga saya tlng kwn jual jam kt uptown. sikit sebanyak boleh cari side income nak buat tambang balik jmpa isteri.. tapi Dia bagitau saya yang saya tak sayang dan curang dengan dia sebab tu tak nak balik 2 bulan skali. skali tu adalah kawan saya post gambar kat fb dan saya di tag, kami tengah lepak dengan geng2. Ada lah termasuk gambar perempuan, masa tu tengah kerja skali, isteri saya call saya marah2 kenapa kuar dengan perempuan. Ya allah kerja saya memang macam ni, bukan semua lelaki. nak buat macam mana..

Masuk kali ni dh 6 kali mntak cerai. Saya mintak maaf berkali2 dah. Tapi still juga dia nak cerai.. Dia bagitau selagi saya taknak balik duduk dengan dia kat sana, selagi saya keluar dengan perempuan dia taknak truskan hubungan lagi.. Saya tak pernsh berdua dengan permpuan kcuali masa keja, dah ditugaskan bersama tak kan saya nak tolak. Kadang terasa juga sebab bila saya letih kerja balik umh call dia nak dengar suara.. Dia angkat dengan marha2. Bila saya chat dia bluetick je.. cara saya memang saya akan chat dia kalau balik kerja, tapi tu lah tak dilayan. Bila saya call kadang ada smpai 40 kali tak angkat2.

Paling teruk pernah kena masa saya tak bgitau dia saya balik, saja nak buat suprise birthday dia beli bunga ngan kek. saya dh pakat dgn mertua. Mak mertua ajk dia kuar, ayah dia amik saya kt airport bwk balik rumah hias2 buat kejutan dlu.. dia balik tengok saya ada dia blh tnya ‘ buat apa balik? Kata susah sangat nak balik’ ya allah masa tu luluh hati saya.. saya kuatkan diri untuk bagu bunga tu walau pun tengah tahan air mata ni.. mak ayah mertua marah dia.. dia lari msuk bilik dan kunci blik.

Saya balik semnggu masa tu, satu minggu tu juga la saya tdo kat luar.. bila saya peluk dia cakap rimas.. saya balik sarawak pn dia tak hantar kat aiport.. Tu lh saya nak mntak pendapat, Perluka saya lepaskan dia?? Saya taknak jd dayus.. tapi saya pn ada persaan juga. Adakah semua ni salah saya yang takreti jaga hubungan sebab masih muda? Than u min dan orang yang bagi pendapat.

Leave a Comment