Kemudian Selepas Itu Aku Dah Dikurniakan Zuriat Dan Aku Bahagia Dan Bersyukur Sangat Dengan Suami Aku. Selepas Kahwin, Aku Dah Tak Mesej, Tak Telefon, Tak Like Fb, Tak Wish Apa2 Walaupun Sebagai Kawan

Kemudian Selepas Itu Aku Dah Dikurniakan Zuriat Dan Aku Bahagia Dan Bersyukur Sangat Dengan Suami Aku. Selepas Kahwin, Aku Dah Tak Mesej, Tak Telefon, Tak Like Fb, Tak Wish Apa2 Walaupun Sebagai Kawan

Hi krt. Apa nak buat ha. Aku dan suami bahagia , tak da masalah. Panjang sikit intro, sebab nak korang faham. Aku ada exBF. Kitorang putus cara baik. Tak ada dendam. Sebab kitorang putus, Kitorang dah lama berkawan, jadi aku nak kami kahwin. Tapi dia belum bersedia, tanggungjawab masih banyak, adik2 masih sekolah. Nak salah sorang adik kahwin dulu. Ibu dia orang susah, ayah tak bertanggungjawab, jd dia yang perlu bertanggungjawab terhadap keluarga.

Aku bagitahu dia, kalau tak boleh kahwin, kami kena putuskan hubungan, sebab umur aku dah perlu untuk kahwin. Dan, dia terima. Kami putus cara baik. Dia tak benci aku. Aku tak benci dia. Kami jadi kawan biasa. Aku dan dia dah move on. Dalam tempoh kawan biasa, aku selalu jadi telinga dia untuk dengar segala masalah dia. Masa ni aku tak ada simpan perasaan dah. Cuma sebagai kawan biasa.

2 years after that, aku jumpa jodoh. Dan kahwin. Tak ada masalah. Selepas 3tahun aku kahwin, exBF masih belum kahwin2,
dan dia usaha cari peganti aku, tapi semua bertahan 3-4 bulan saja (masa ni tetiba dia msj bagitahu semua tu dan dia minta aku doakan jodoh untuk dia, dan dia minta maaf kalau ada salah silap dia kat aku, aku cuma jawab, ya baik insyaAllah-itu saja).

Kemudian Aku dah dikurniakan zuriat. Aku bahagia dan bersyukur snagat dengan suami aku. Selepas kahwin, aku dah tak mesej, tak telefon, tak like fb, tak wish apa2 walaupun sebagai kawan. Kerana aku rasa perlu Menghormati suami aku, walaupun suami tak minta buat begitu, aku jarakkan hubungan dgn lelaki. Jaga batas. Tapi lebih kurang 7-8 bulan lepas. Aku ada mimpi exBF dtg. Just datang, senyum pandang dr jauh. Aku tak balas senyuman. Kemudian aku terjaga dari tido. 2 3 hari jugak aku gelisah. Hati berdebar. Aku teringat dia. Kemudian dpt msj dr dia bertanya kabar, aku tak balas. Aku ignore. Sunguh aku tak suka perasaan tu. Aku ignore. Aku istighfar,selawat dan etc etc.

Kemudian beberapa bln selepas tu, aku mimpi lagi, dia datang tarik aku pergi mana2 aku tak tahu. Aku terjaga tidur. Siang tu aku dpt lagi msj, ( dia tanya khabar dan tanya samaada aku rindu dia atau tak). Dan ya, seharian tu aku gelisah, rindu dan lain2, segala kerja tak jadi.
Aku takut, aku terus tukar number phone. Aku tak tahu kenapa harus takut.
Kemudian semalam aku mimpi lagi, dia datang duduk sebelah aku, pandang aku, senyum kemudian pangil nama aku banyak kali. Dan ya, harini aku gelisah dan mcm2 lagi perasaan. Selalunya berhari2 baru hilang perasaan tu.

Aku bukan lah jahat sangat nak curang dengan suami. Tidak sama sekali. Minta dijauhkan dr perkara2 mcm tu.
Aku dh cukup bahagia dengan kehidupan aku. Aku tak tahu samaada ada “unsur” lain. Kalau betul, kenapa? Adakah aku bersalah sebab gap dengan dia? Aku malu nak cerita pada orang. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Bantu aku Gais. Maybe korang ada idea?

Leave a Comment