Adakah kau tidak bahagia disaat ini? Adakah kau merasakan sisa-sisa tuamu sudah bosan sehingga kau membuat sesuatu yg menyakiti isteri

Adakah kau tidak bahagia disaat ini? Adakah kau merasakan sisa-sisa tuamu sudah bosan sehingga kau membuat sesuatu yg menyakiti isteri

29 Tahun Usia Perkahwinan dan mendapat Anak seramai 7 orang, Tetapi Masih Lagi Kemaruk Ingin Berkahwin dengan Jan da Anak 2. Disaat usia perkahwinan berusia 29 tahun,Allah masih lagi bagi ujian kesetiaan kepada mereka. Disaat orang tua lain melihat anak-anak membesar melihat hadirnya cucu-cucu dalam meriahkan lagi keluarga besar, disaat itulah mereka masih lagi diuji sejauh mana kesetiaan terhadap pasangan.

Sesungguhnya kau tewas. Tewas kerana tidak mampu memberikan kesenangan kepada seorang wanita yg telah melahirkan kau 7 orang anak sempurna. Kau gagal mempertahankan kesetiaan kau disaat seluruh hidup seorang wanita bergantung sepenuh hidup menjadi seorang isteri yang taat setia kepada seorang suami. Sepanjang aku kenal dia, dia tidak pernah sekali curang kepada engkau. Hadirnya perbuatan dan sikap memberontak seorang wanita kerana sikap kepala kerasmu yang kau anggap kau adalah ketua dan sebagai wanita kena tunduk kepada engkau walaupun hakikatnya kau tidak benar.

Disaat pasangan lain gembira melihat anak membesar bermain bersama cucu-cucu tapi kau seorang wanita masih lagi diuji dengan kesetiaan seorang suami walaupun diusia tua. Dan kau seorang lelaki, disaat kau meluahkan tidak mampu untuk menyara lagi, anak-anak yang sudah besar mengerti dan meringankan beban keluarga, disaat itulah kau berhajat ingin menambah lagi dengan alasan mampu! Alasan mampu apakah yang kau gunakan sedangkan yang ada sekarang pun ibarat kais pagi kais petang.

Ber agama tapi tak berakal. Cukupkah mampu dari battin saja yang kau katakan mampu? Adakah zahir itu bukan tanggungjawab seorang suami?Memberikan pelbagai keperluan zahir kepada isteri itu tugas suami. Adakah kau masih mampu? Disaat seorang isteri lain meminta pelbagai keselesaan pelbagai barangan peribadi daripada suami, tetapi jarang sekali wanita itu ingin meminta bermacam-macam. Kau dapat wanita yang memahami kau kerana kau tak mampu.Kau dapat seorang wanita yang setiap kali diberikan rezeki sentiasa mengucapkan syukur. Kau dapat wanita yang menerima diri kau apa adanya.

Atas alasan apakah yang kau masih nyatakan kau mampu? Alasan naf su? Atau alasan kau kemaruk bermain cinta diusia tua. Baru beberapa lepas sahaja seorang isteri menyatakan dia kadangkala batuk berdrah! Ya Allah, disaat seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak kau 7 orang,dan kini sering sakit bermacam kerana usia sudah mulai tua tetapi kau lelaki masih sanggup mengatakan kau mampu untuk menambah lain! Kau kejam! Kau kejam lelaki. Agamamu yang tinggi dimata orang belum mampu menarik kau ke syurga andai nafkah kau culas kepada isteri.

Kau solatlah tunggang terbalik pun andai seorang isteri tidak reda kerana kau tak mampu menyediakan kewajipan zahirnya. Kau tetap akan disoal diakhirat nanti. Kau rasa amal kau cukup untuk masuk syurga? Dan kau lupa yang kewajipan zahir itu tidak akan dipersoalkan dihadapan tuhan kelak? Ketika selama nie aku menggangap kau lelaki terbaik dalam hidupku. Sehingga aku ingin mencari suami sebaik engkau, ketika aku merasa kaulah pelindung aku, ketika aku merasa kaulah satu-satunya lelaki yang takkan menyakiti seorang perempuan yang bernama anak, kini kau lenyapkan segalanya hanya kerana kau menyatakan yang kau ingin menambah lain.

Adakah kau tidak bahagia disaat ini? Adakah kau merasakan sisa-sisa tuamu sudah bosan sehingga kau membuat sesuatu yg menyakiti isteri. Aku tidak kesah dan tidak mempertikaikn jika kau mampu zahir dan battin. Tapi diwaktu ini kau hanya mmpu battin sahaja. Zahir tidak lagi terlihat mampu. Adakah kau menjadi dungu kerana kau mabuk bercinta? Mabuk cinta diusia tua.Dan yang kau lihat dia wangi semuanya walaupun hakikatnya aku katakan yang taik itu busuk tetapi kerana kau mabuk cinta kau masih mengatakan taik itu wangi.

Allah itu pemilik hati. Allah yg membolak balikkan hati manusia. Dan aku berdoa semoga hati kau wahai suami tetap setia tidak berbelah bagi pada isterimu yang setia selama 29 tahun susah senang bersama engkau. Dan semoga kau suami isteri akan mendapat rezki dan mampu membawa isteri menunaikan haji pertama kali bersama mencari reda Allah diusia tua dan melupakan terus hajat kau ingin menambah lain kerana kau tidak mampu sama sekali. Kerana aku anak yang aku hanya mahu lihat adalah kebahagiaan dan kesenangan untuk orang tuaku. Semoga kau kembali setia hanya untuk ibuku seorang wahai lelaki yang ku anggap hebat selama aku bergelar anak…

Leave a Comment