Waktu hati dah kecewa dengan semua ni, hadirnya pula wanita lain dalam hidup aku. Ye, wanita tu adalah isteriku yang sekarang

Waktu hati dah kecewa dengan semua ni, hadirnya pula wanita lain dalam hidup aku. Ye, wanita tu adalah isteriku yang sekarang

Assalamualaikum admin. Tolong hide profile fb saya ye. Disebabkan terlalu banyak benda yang dikhuatiri dan kerana terlalu sayangkan isteri. Maka saya luahkan disini dengan harapan isteri saya membaca segala isi hati saya ni. Saya tau dia akan baca sebab dia seringkali share kisah2 krt di fbnya. Lebih2 lagi hal yang berkaitan penceraian/kecurangan/sond0l menyondol ni. Saya tau dia masih terkesan dengan cacian orang sekeliling kerana dia dianggap perampas.

Ini bukan penulisan, tapi sebuah karangan. Ye mmg panjang sangat. Saya nak luah dan cerita dari a-z sebab tak nak lagi dah sorok apa2 yang terpendam dari dia biar dia jelas dan faham isi hati saya dan juga supaya semua orang faham situasi saya ni tanpa mempersoalkan lagi kenapa dan mengapa sebab2 nya.
Untuk isteriku.. Abang doakan keluarga kita kekal hingga ke akhir hayat kita. Moga dilindungi-Nya sentiasa.. Dan kepada netizen. Minta jasa baik doakan yang baik baik sahaja terhadap kami. Mmg akan dapat cacian di sini. setiap cacian tu saya akan terima dan redha kerana dosa saya yang lalu. Moga pintu taubat terbuka kepada kami semua..

Hubungan aku dan ex-wife aku kekal hanya 8 tahun lebih. 7 tahun kami bercinta. Tahun ke 7 kami nikah. Kami sebagai suami isteri kekal 1 tahun sahaja. Dan mempunyai seorang anak (Bnting pelamin). Aku akui dalam tempoh 7 tahun perkenalan kami, sudah 4 tahun aku tawar hati dengannya. Kira2 3 tahun lebih sahaja semuanya indah belaka..and the rest, out. Pendam dan makan hati. Waktu tu aku takde keberanian untuk berterus terang dengannya. Kerana aku telah terikat dengan satu tanggungjawab dengannya.

Kami kerap terlanjur. Aku sedari aku teramat jahil dahulu. Bukan jahil, aku tahu hukum hakam d0sa pahala. Zaman muda mudi tak fikir panjang, hanya ikut nfsu. Dia on, aku lagi lah on. Dan juga terhutang budi dengan dia krn dia tlh banyak bantu aku ketika aku memerlukan wang. Masa tu aku tak bekerja lagi, masih muda 19-20an..so dia lah yang banyak membantuku. Setelah aku mempunyai pekerjaan, sedikit pun duit aku tak boleh menyimpan. Bukan sebab aku boros. Tapi aku banyak habiskan duit kat dia. Apa yang dia nak, semua aku belikan. Sedikit pun aku tak berkira.

Aku mula tawar hati bila keluarganya tak mengizinkan kami nikah waktu pertama kali aku melamarnya. Atas alasan aku tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada duit simpanan. Dia tak kisah buat kecil kecilan asalkan hubungan sah tapi dia tak mempertahankannya bila berhadapan dengan keluarga dia. Aku totally an outsider pada masa tu. Aku boleh bagi seberapa banyak yang ada je sbg hantaran tapi aku ditolak mentah2. Walaupun terasa hati aku tetap tak berpisah dengan dia. Kami kerap bergaduh, setiap kali bergaduh dia tinggikan suara, lempar barang sana sini.

Aku tahu dia seorang yang tak pandai kawal kemarahan. Kemarahan tu berpunca dari aku juga maka aku diamkan diri dan pendam saja. Aku pertahankan hubungan ni krn aku rasa bersalah terhadap dia yang dah korbankan segala galanya kat aku dahulu. Ye mmg kedengaran seperti bod0hnya lah aku pada masa tu. Kali ke2, still sama ditolak. Duit hantaran tak mencukupi. Waktu majlis nak korbankan lembu. Nak ada doorangift. Nak ada pelamin nikah dan pelamin sanding. Nak ada DJ. Nak ada photographer. Pakej lengkap semua nak.

Nak saja beritahu selama ni anak dia tu aku tanggung dah mcm laki bini, lagi mahu semuanya majlis grand grand dengan duit yang tak seberapa ada ni. Tuhan masih lagi menutup aib kami yang dahulu. Kemudian..pengorbanannya yang terakhir, dia membuat keputusan buat pinjaman duit untuk sanding. Pada waktu ni aku berharap sangat loan dia tu tak lulus sebab aku dah pun tawar hati sangat2.

Waktu hati tengah bergolak. Waktu hati dah kecewa dengan semua ni, hadirnya pula wanita lain dalam hidup aku. Ye, wanita tu adalah isteriku yang sekarang. Pada mulanya aku tak layan dia sangat. Yelah aku sedar je la aku ni siapa.. Miskin, tak kacak, dan bakal jadi suami orang lain plak tu. Dia rapat dengan sahabat sekerja ku. Juga perempuan. Kami bertiga selalu lunch bersama atau dinner bersama selepas habis waktu kerja. Aku dan wife aku mulai rapat. Dia mula bercerita hal dia dan bf dia pada waktu tu.

Hubungan mereka yang masih dalam kekeliruan. Dan aku pula entah bagaimana lembut lidah juga meluahkan masalah aku yang aku hadapi bersama bakal isteriku pada waktu tu (yang sekarang ni telah menjadi ex aku). Pabila aku dapat tahu dia dan bf dia dah putus, terdetik niat aku untuk ambil peluang ni rapat dengan dia. Pada pandangan aku, baik akhlaknya. Seorang yang lurus, jurus, dan mudah termakan dengan kata2 manis laki. Bak kata lain, mudah tertipu. Tapi seorang yang bijak sebab setiap perlawaan laki yang chat dia nak ehem2, terus dia block dan mki2 depan aku.

Kami mulai rapat sampai telefon bimbit dia pun aku stalk semua akaun socmed dia. Ramai lah laki yang nak berkenalan dengannya tapi semuanya tak dilayan. Kiranya aku beruntunglah dapat dekat dengan dia dan kenal peribadi dia dengan mendalam. Hubungan aku dan wanita ini(wife aku yang sekarang) mulai ke arah percintaan. Aku dapat hidu perasaannya bila aku melihat reaksi mukanya berubah bila aku beritahu aku bakal berkahwin dengan gf aku tak lama lagi beberapa bulan. (bersambung)

Leave a Comment