suami aku juga dia beri tazkirah pasal turutan nafkah katanya tempat pertama katanya fil aku dan apa apa yang last baru isteri.

suami aku juga dia beri tazkirah pasal turutan nafkah katanya tempat pertama katanya fil aku dan apa apa yang last baru isteri.

as salam min..tolong hide profil aku. aku nak tanya bawang advangers sekalian…
aku dah kawin 5 tahun. aku dan suami sebelum kahwin sangat menjaga batas alhamdulillah. suami aku seorang yang sangat baik. masalah aku min mertua aku. sebelum kahwin sampai dah nikah ni aku cuba anggap dia macam mak ayah aku sendiri. tapi mertua aku suka hasut suami aku benda bukan bukan min. suami aku juga dia beri tazkirah pasal turutan nafkah katanya tempat pertama katanya fil aku dan apa apa yang last baru isteri.

Alhamdulillah Allah jaga pernikahan aku suami aku belajar kitab. Dia tetap tak tinggal tanggungjawab dia pada mak ayah dia tapi bab nafkah dia dahulu kan aku. suami aku hormat mak ayah aku min. Cumanya mil aku suka hina mak bapak aku. Hal ni buat aku makin kurang hormat pada dia. Dan lebih parah dia suka buruk kan aku pada anak anak dia yang lain juga pada saudara dia . Seolah olah aku ngan anak anak kami banyak susahkan suami aku. Sedangkan adik ipar aku belajar suami aku yang tanggung bahkan belanja suami aku bagi mak dia lain, bapak dia lain sebab poligami dan adik dia lain.

Aku tak pernah halang min. cuma aku tak tahan sikap dia suka hina mak ayah aku macam dia mulia sangat. sampai adik beradik aku pun dia kutuk depan depan aku min. Bila depan suami dia berlakon siap nak bancuhkan air bagai. belakang suami aku, mulut dia Allah je tahu. Dia selalu je datang rumah aku. Hari tu masa dia datang rumah aku,mak aku datang min depan pintu bilik mak aku Dia bukak radio nak pecah rumah min. Memang lah siaran ikim tapi masa tu mak aku baru sampai dari selatan ke utara. Punya kuat tengah tengah pukul 12 malam. padahal mak aku dah cakap. ” kak saya masuk tidur dulu ya sakit kepala”. aku sedih min dia buat cmtu kat mak aku.. kalau kat aku ngan anak anak aku cuba tahan lagi.
sampai sekarang suami aku tak tahu perangai mak dia min. Aku tahankan je sebab tak nak anak beranak ni gaduh sebab aku. tapi ada cadangan tak macam mana aku nak berdepan dengan dia.

Leave a Comment