Punca utama yg menjadi topic kami bergaduh saya sangat sedih sebab isteri tidak memahami kesunyian dan kesusahan saya tanpa keluarga di sini

Punca utama yg menjadi topic kami bergaduh saya sangat sedih sebab isteri tidak memahami kesunyian dan kesusahan saya tanpa keluarga di sini

Assalamualaikum admin, kawan saya nie buntu sangat ceritakan masalahnya, saya harap pendapat warga krt dapat membantu dia untuk buat pilihan. Assalamualaikum warga KRT, saya di sini ingin bertanya pendapat, salah ke saya jika saya tiba2 berhasrat berkahwin lain. isteri saya memang baik, alim, tapi alim dia tak berguna bila dia tak menghormati saya , walaupun di awal perkahwinan tu perkerjaan saya pun tak berapa, sy tak pernah berhenti cari nafkah walaupun sikit pada ketika itu.

Dia selalu lepas kata2 yang menyakitkan hati sy, contohnya, menyesal kawin dengan saya, saya nie tak mngubah nasib dia yang memang dah susah dari kecil, Sekali saya tegur, dia baik untuk 3 hari, lepas tu jadi balik mulut tu, sampaikan kami sudah pun dikurniakan 2 orang anak, ketika anak kedua lahir saya dapat tawaran untuk pergi berkerja di luar negara, selepas berkerja di sana,

Alhamdulillah saya dapat buat apa yang istri inginkan, membeli sbuah rumah, menolong keluarga saudara mara, dan yang penting dapat berikan apa yang istri ingin beli, (orang perempuan minat beli barang rumah ja) bila dah berduit istri mula tak suka saya beri duit pada mak ayah saya, walaupun sy dah jelaskan dengan pelbagai cara, dia ttp berdegil suruh memberikan segala duit yg kirim itu sepenuhnya padanya, dan suruh mak ayah sy pergi meminta padanya jika memerlukan.

Punca utama yg menjadi topic kami bergaduh saya sangat sedih sebab isteri tidak memahami kesunyian dan kesusahan saya tanpa keluarga di sini, kadang saya biar dia sampai 3-4 hari tak call dia( nak tunjuk saya marah) tetapi slepas 3-4 hari saya call dia bukan nk tanya khabar sy, dan sy pernah meluahkan rasa saya trhadap dia, sy tegur jangan berkelakuan sebegini, saya takut saya membenci dia, berkali2 saya tegur.

Demi Allah selama sy di luar negara 5thn, sy tak berniat nak curangi isteri saya, sekarang hati mcm dah terlalu sakit dengan dia, sy fikir anak2 sy sy fikir keluarga. dalam masa ya g sama saya dah tak tahu nak ubah perangai isteri saya, yang dia tahu, hantar mcm2 ceramah jangan sakiti hati isteri, tanggungjwb suami terhadap isteri,, sedangkan dia tak sedar yang dia tengah menyakiti hati sy.

Dari dulu lagi sy pernah menasihati kawan2 saya supaya cukup kawin seorang, dan sy pun inginkan perkara sebegitu dalam hidup sy, Sekarang hati dah mula fikir untuk cari pasangan yang dapat jaga hati sy dan dengar cakap saya, ada terjumpa seseorang, sy dah ceritakan smuanya pada dia, perempuan tu cakap dia ok Kalau nak berkahwin ,tetapi dia takut dengan mulut dan pandangan saudara yang akan cop dia sebagai perampas, atau cakap penghancur rumah tangga orang.

Leave a Comment