"> Dia Cakap Dia Nak Pergi Korea Kerja Sana. Dia Tinggalkan Aku Satu Sen Nafkah Pun Tak Bagi.. Rupanya Dia Pegi Korea Dengan Nenek Tua Tu.. - Luahan Kisah

Dia Cakap Dia Nak Pergi Korea Kerja Sana. Dia Tinggalkan Aku Satu Sen Nafkah Pun Tak Bagi.. Rupanya Dia Pegi Korea Dengan Nenek Tua Tu..

Salam KRT . Aku ingin meluah dan minta pendapat dari kalian semua. Ujian terhadap diriku bertimpa selama 2tahun ni. 2018 aku kehilangan anak aku ketika beliau berusia 6 bulan kerana menghidapi kanser.. 2019 pulak ALLAH uji aku dengan suami pulak.. Umur aku dengan suami aku sama iaitu 26tahun.. Lepas beberapa bulan anak aku meninggal,, aku dapat tahu suami aku curang dengan janda anak 7 dah ada cucu.. Umur janda tu 42 tahun.

Bulan ni genap setahun aku hadap semua benda ni.. Macam macam dorang buat dekat aku.. Teruk, sangat sangat teruk. Sanggup tinggalkan aku dengan anak.. Aku ada 2 anak. Sorang dah meninggal, tinggallah seorang, lelaki.. Bulan 1 2019 aku dapat tahu betina tu masuk islam.. Dalam bulan 2 aku dapat tahu dari penguatkuasa dorang dah menikah.. Cuma ada gamba dengan bideo je.. Surat hitam putih takde yang menyatakan dorang dah menikah.. Famili belah lelaki tahu,, tapi alasan dorang TAKNAK MASUK CAMPUR..

Bila dia tahu aku yang buat dorang kena tangkap khalw*t, suami aku ceraikan aku dengan talak 3 melalui FBM. Tarikh 16.06 kami naik mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai dan hakim cakap tak jatuh sebab talak kinayah iaitu talak sindiran.. Suami aku pun angkat sumpah sambil nangis dan menyatakan dia takde niat masa tu.. Dia dalam keadaan marah.. So aku pikir, dia bebetol ingin berubah.. Lepas je bicara,, dia hanta aku balik.. Dia cakap dia nak pergi korea kerja sana. Dia tinggalkan aku dengan anak selama 3 bulan 1sen nafkah pun tak bagi.. Rupanya dia pegi korea dengan nenek tua tu..

Baru baru dia ada balik,, aku ingat dia akan bagi nafkah.. Rupanya sama,, 1sen duit pun dia tak bagi dekat aku.. Then balik ni dia nak berbincang dengan aku dan dengan nenek tua tu yang dia nak bermadu.. So aku pikir anak,, aku still melayan baik even orang pijak kepala aku.. Aku bersetuju.. Perempuan tu dari kampung datang jumpa aku dengan laki aku.. Aku ingat dia taknak laki aku,, rupanya dia sanggup bermadu.. Ok,, aku layankan lah selama seminggu.. Tapi aku tak boleh.. Aku tak boleh nak kongsi kongsi.. Balik belah aku,, aku tanggung.. Balik belah betine tu,, betine tu tanggung.. So dia bagi apa je??

One day,, lepas dia balik dari rumah betine tu,, aku ajak dia balik kampung.. Masa dekat kampung,, kantoi dia chat rindu bagai dekat nenek tua tu.. Sedangkan tak sampai 1 hari lagi jumpa.. Tapi bila dengan aku,, jangan rindu bagai.. Tanya anak pun tidak.. So aku mengamuk..
Dari kampung balik ke rumah aku.. Dia ceraikan aku dengan talak 1.. Isnin ni aku akan ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai.. Hati aku bebetol dah bulat untuk buat semua ni.. Mybe dia curang dengan aku sebab masa tu aku nothing.. Zero..

Tapi ada hikmah anak aku pergi.. Ada hikmah ALLAH buat semua ni.. Sekarang aku dah daPat keje GOV bulan 1 tuari.. Aku dah ada kereta,, moto sendiri.. Aku dah ada rumah(kuaters jela). Aku sedih.. Aku susah senang dengan dia.. Kenapa dia sanggup buat aku macam ni.. Mybe sebab mulut aku jahat,, perangai aku kasar tapi kenapa perlu ajar aku sebegini rupa.. Aku doakan kau dengan dia bahagia.. Bahagia diatas penderitaan aku dengan anak.. Tu je aku nak luah.. Doakan aku kuat untuk isnin ni . Tq

1 thought on “Dia Cakap Dia Nak Pergi Korea Kerja Sana. Dia Tinggalkan Aku Satu Sen Nafkah Pun Tak Bagi.. Rupanya Dia Pegi Korea Dengan Nenek Tua Tu..”

Leave a Comment