Lepas 3 minggu nikah aku period tapi aku tipu cakap laki aku masa itu aku sedang keguguran

Lepas 3 minggu nikah aku period tapi aku tipu cakap laki aku masa itu aku sedang keguguran

Assalam warga krt..aku nk meluah ape yang telah trpendam lama..Aku dulu janda takde anak dan sekarang dh berkahwin dengan orang bujang muda dr aku dan mnpunyai 3 anak hasil prkahwinan aku dngan dia..apa yang menhantui aku dulu masa aku couple dengan laki aku skrang ni aku bnyak kali bersama. perangai dia ok cuma aku yang suka buat hal merajuk keras kepala dan mcm2 lg. Sampai la hari tu laki aku mntak putus dia dah bosan dengan perngai aku katanya.

Hari demi hari aku merayu2 pada dia mintak jangan putus dia tetap dengan keputusan dia. aku masa tu tak tahu nak buat apa dah. sampai la aku datng idea tipu dia. aku cakap aku mengandung mulanya dia tak percaya lepas dia tngok upt baru percaya (upt tu kawan aku pnya kebetulan dia masih smpan untuk kenangan katanya. bukan senang tau aku kelentong kawan aku mntak upt tu) so ats dasar tanggungjawab dn terpaksa kitaorang pun nikah.

Lepas 3 minggu nikah aku period tapi aku tipu cakap laki aku masa itu aku sedang keguguran. laki aku bab2 ni memang dia tak pndai lgsung so memang senang2 la tipu dia..lepas tu kami terus kehidupan mcm biasa smpai la boleh anak dh 3 orang..masalhnya sekarng aku rasa bersalah pd laki aku sbb tipu dia..kalau aku tak tipu masa tu dia takkan kawin dengan aku..dlm usia perkahwinan kami 7 tahun ni aku dihantui perasaan bersalah sangat2..apakah patut aku bgtahu perkara sebenar atau terus diam dengan perasaan bersalah ni..mohon bg pendapat ye

Leave a Comment