isterinye ke 2 nya sedang mengandung dah scan anak lelaki dan sejak hari tu hati saya tak tenang. pd minggu pertama memang suami sy tak jumpa isteri ke 2 nya

isterinye ke 2 nya sedang mengandung dah scan anak lelaki dan sejak hari tu hati saya tak tenang. pd minggu pertama memang suami sy tak jumpa isteri ke 2 nya

salam admin.. mohon hide profile saya..saya ibu kepada 3 org anak perempuan.. dalam dua bulan yang lalu. saya dapat tahu suami saya bernikah senyap2. mereka dah bernikah dalam 6 bulan mcm tu. fitrahnye sebagai isteri yg diduakan memang saya mengamuk dan keadaan menjadi huru hara. suami saya ni seorang yang suka berdusta. dan berbohong. perkahwinan kami yg hampir 14 tahun ni mmg penuh dgn kecurangan dan penipuan. dari segi nafkah dan tanggungjwb pd anak2 mmg tak pernah culas.. masalah suami sy dr dulu mmg curang dan perempuan lain..

pada hari pertama saya dpt tahu dia nikah senyap2 ayat pertama yang keluar dari mulut die selain mohon maaf die juga berjanji untuk ceraikan isteri kedua die. die kata dah buat silap besar. dan rasa bod0h sangat boleh berkahwin dgn janda anak 4. disebabkan ini bukan kali pertama suami sy berjanji mcm tu. jadi saya buat 2 surat mnta dia sign. satu surat sekiranya die berjumpa isteri kedua die tanpa pengetahuan saya. maka akan jatuh talak pada saya. surat ke -2. die bersetuju menceraikan isteri ke 2 nya dalam masa 3 hari.

mula2 mmg die tak nak sign..tapi atas desakan dan pujuk rayu die sign jugak surat tu. saya tahu saya kejam. tapi masa tu hati dah sakit sangat dan tak boleh kawal perasaan.. Min isterinye ke 2 nya sedang mengandung dah scan anak lelaki dan sejak hari tu hati saya tak tenang. pd minggu pertama memang suami sy tak jumpa isteri ke 2 nya.. saya tahu saya bukan isteri sempurna. Suami kata dia berkahwin bkn kerana nafsu semata. Sebab tu dia pilih janda anak 4. Niat nak membantu. brkahwin kerana Allah.

Saya muhasabah diri dan mula jaga hubungan dgn Allah..lebih kerap solat malam dan berdoa.. sy mnta Allah beri saya redha dan sabar dan mnta Allah tunjukkan kebenaran jika benar mereka berkahwin kerana Allah..kerana setiap kali bangun pagi. hati sy terasa berat. kerana rasa menzalimi isteri ke 2. sbb kerana saya suami tidak berlaku adil..
min. Doa sy Allah makbulkan. Allah tunjukkn kebenarannya satu persatu. Semakin kerap sy solat malam dan berdoa..semakin keras hati saya nk menerima prkahwinan mereka.

walaupun isteri ke2 berniqab dan berjubah. tapi dia seorang yang tidak menjaga lisan. menfitnah. mereka2 cerita. cerita tentang hubungan sek* dgn suami. suka mendesak2. dan kalo nak brcakap pasal tu mmg x habis..
dia juga seorang penipu dan pembohong min. bukan calang2 penipu. dah level penjenayah. dan cara die berkahwin dgn suami saya juga dgn cara penipuan. die seorang scammer. isteri ke 2 ni kami kenal sbagai nurse peribadi. pd awalnya saya hired die sbb nak minta die jaga saya kt wad / jaga pantang lepas lahirkan anak ke 3.. sy dah buat bayaran pada account boss die. Tiba hari dijanjikan die tak dapat datang. dgn alasan. die tak ada duit. susu pampers anak semua tak ada..kena halau dengan suami dan mertua..

sekarang die dan anak2 menumpang rumah boss die ..jadi atas rasa kesian..saya sempat transfer dan infaqkan sedikit duit walaupun masa tu saya dah ada atas katil hospital..
sbb saya dah nak masuk hospital masa tu..saya mnta suami call dan brurusan dengan boss die.. tanpa sy tahu..mereka mula call2 suami saya lepas tu..bermula dr mnta sumbangan. isteri ke 2 selalu kata susah. xde duit..ade masalah rmh tangga. tak ade duit makan pakai. boss die mula pujuk n cucuk jarum pada suami supaya ambil staff nya sbagai isteri..
suami pulak masalahnya mmg perempuan. suka berbohong pada saya..lagi2 bila orang dah offer nk jadi isteri ke 2. dgn kata2 manis. berjanji tak akan mnta lebih..dengar kata . byk berdiam diri..dgn izin Allah mereka berkahwin…

seorang penipu memang tak akan buang sikapnye. Dengan segala konflik dan huru hara. suami saya jatuhkan talak pada isteri ke 2 walaupn tengah mengandung atas sebab sikap die yang berdusta tu..
ujian tu tak terhenti di situ Allah tunjukkan lagi kebenaran yang lain isteri ke 2 ditangkap polis dan sekarang ditahan reman atas 8 pertuduhan penipuan duit. dan yang paling memeranjatkan. boss yang pujuk2 suami saya untuk berkahwin dgn isteri ke 2 adalah suami / bekas suami die sendiri!
sekarang suami dlm keadaan serba salah min.

walaupun da lafaz talak tempoh hari..die ada niat nk rujuk..sebab die kesian pada isteri ke 2 sdg hamil. die brharap isteri ke 2 akan taubat dan insaf..dan dia sedar sbb sikap die yg tak jujur pd saya..die dpt pasangan yg menyusahkan..
sy pulak sbg perempuan mmg tak bole terima isteri ke 2…dgn semua bukti dan kebenaran..sy rela undur diri kalau suami masih nak memperisterikan dia..saya dah cukup bersabar hampir 14 tahun dgn sikap suami..tapi bukan kali ni..saya tak nak kongsi perkahwinan dgn seorang penipu dan penjenayah..lag dengan suami saya pun dengan cara penipuan. suami kata isteri ke 2 boleh bertaubat..saya nmpak memudaratkan adalah..baru2 ni kami ada lawat die di penjara..die masih tak mengaku yang boss die tu adalah suami / bekas suami ..walaupun bekas suami dia dah mengaku semuanya..

Leave a Comment