Aku pon warning lg pempuan tu nak tunjukkan semua bukti kat laki dia tapi dia nye ayat maki aku macam2. Bile aku tunjuk kt laki aku memule dia macam mrh

Aku pon warning lg pempuan tu nak tunjukkan semua bukti kat laki dia tapi dia nye ayat maki aku macam2. Bile aku tunjuk kt laki aku memule dia macam mrh

Assalammualaikum min. Hide fb ye min.
Macam ni la. Rumahtangga aku sekarang berjalan macam biase je min. TAK de kekurangan kasih sayang dr suami aku.. Semuanya berjalan macam biase. Malah bertambah tambah kasih syang dia kat aku. Tapi ade jgk kisahnya min. Perangai suke melayan wasap antara isteri orang n laki orang. Bermula bln 3 tahun ni aku terjumpa msj dia dengan perempuan ni. Ok bile aku tanye laki aku dia cakap pempuan ni jual air herba untuk orang sakit. Dia berurusan sebab dia belikan air herba ni untuk mak dia. Ok. Habis kt situ. Insting isteri ni kuat kan. Lame2 memang aku macam rasakan sesuatu.

Bulan 4 aku jumpa lagi msj dia. N aku check no dia. Laki aku save name lelaki. Tapi profile pic pempuan tu. Aku marah laki aku. Nape dia berhubung lg. N nape tukar name lelaki pula. Dia cakap tak de pape. Aku wasap terus pempuan tu. Aku tanye. Kenapa. N aku ckp tak nak dia berurusan lg dengan laki aku. Dia ckp ok. Sebab aku ade jumpa msj dia mengaku janda.. N rumahtangga dia tak bahagia. Konon tak duk sebumbung ngn laki dia. Macam tu lah kisahnya dia tagi simpati kat laki aku ni. Laki aku ni pendengar yang setia. Elok je kne tipu ngn pempuan tu tapi dia pecaya bulat2.

Aku warning supaya stop trus dr berhubung lg dengan pempuan tu. Pempuan tu pon aku warning. Sebab aku ni jenis macam detektif jugak tau. Aku selidik. Memang dia masih bini orang. Elok je laki bini. TAK pernah lak tak duk sebumbung. Laki dia memang tua dr dia.. Belas tahun jgk la jaraknya. ..Gamai la yang aku g tanye. Semua ckp memang pempuan ni kalau nk kwn ngn mne2 lelaki akn buat cerita kononnya dia ni tak bahagia.

Nak dpendekkan cite dah 3 @4 kali juga terkantoi wasap. N aku sendiri pernah jumpa perempuan tu. Segala bukti aku bagi kat suami aku yang perempuan ni mengaku panggil sayang2 kat laki aku dan laki aku pon panggil dia sayang. Luluh hati aku. Menangis sepuasnya. Aku warning lgi. Aku cakap kalau dia trus kacau rumahtangga aku.. Aku akn terus cari laki dia n bagitau semuanya. Dia takut. Dia pulak pusing cerita ngn jiran dia yang merupakan kwn aku. Ok tak pe. Aku pon tak nak dah cite dengan kawan aku tu. Sebab hari2 aku doa moga Allah tunjukkan kebenaran.

Sampai sekarang perempuan tu memang tak habis2 wasap dengan laki aku. N tak yah cakap la lelaki melayan. Kalau bertepok sebelah tangan memang la tak kan bunyik kan. Aku tetap salahkan dua2. Sebab dua2 masih ade suami dan masih ade isteri. Walaupon laki aku selalu cakap tak de pape. TAK de pape kebendenya kalau wasap asik bagi gamba selpi bagai n bervidio kol je bile ade peluang. Pempuan ni pon asik bg gamba selpi.. Kemain gatal.. Dia bertudung.. Tapi anta gamba selpi tak pakai tdung kt laki orang.

TAK yah tanye mne aku dpt bukti. Aku tau macam mne nak cari. Kawan2 gamai tolong. Memang bukti ade je. Aku pon warning lg pempuan tu nak tunjukkan semua bukti kat laki dia tapi dia nye ayat maki aku macam2. Bile aku tunjuk kt laki aku memule dia macam mrh sebab Pempuan ni memang melampau… Tapi tak yah la ko harap ..sebab dua2 tengah mabuk agaknya. TAK tau halal haram. Dia ingt berkawan ngn suami n isteri orang ni halal agaknya. Smpai nk panggil syang2 bagai.

Kes macam ni la yang akn berterusan ntah sampai bile. Aku tak bole nk buat ape2 skrg. Sebab suami aku sllu ckp kalau aku bgtau kt suami perempuan ni memang sesuatu mngkin jd dlm rumahtangga aku. Aku jd takut. Sebab aku memang syang kan laki aku ni. Dia sllu ckp dia memang tak kan pernah tinggalkan aku. Dia saje melayan sebab pempuan ni pon gatal kemain. Aku jd serba salah. Sebab kalau aku biarkan mngkin aku akn hilang suami aku. Serius aku jd buntu….
Perempuan ni keje kantin skolah.. Laki dia ni plk keje projek PETRONAS kt area sni. Laki dia kje keluar awal pagi.. Balik da malam.. Memang waktu yang ade asik wasap ngn laki aku je la.. Yang peliknya memalam pon duk wasap bagai ngn laki aku. Mngkin laki nye balik da penat n trus tido tak bangun2..ermm. Tengah2 mlm pon melayan wasap gak. Perempuan ni mngkin sunyi. Sebab katenya laki dia tak macam laki orang lain. Laki dia hobi mase terluang asik memikat burung je. Siap ade geng.

Kdg2 hari cuti asik ngn kenkawan memikat burung je. TAK bwk bini berjalan. TAK mesra ngn bini. Sllu tak de umah. Aku harap sangat hal ni biar suami dia sendiri tahu.. Aku harap sgt suami dia ni tgok wasap n check wasap bini dia sllu. Yang aku geram asik vc je ngn laki aku..aku tau sebab aku ade bukti tu..makin diam makin geram dbuatnya. Aku doa tak henti. Moga suami perempuan ni terbukak pintu hati dia untuk nmpak segala kecurangan dr isteri dia.. Moga berakhir la segala episod skandal isteri orang n laki orang anta dia dgn laki aku.

Kalau korang tanye kenapa aku tak bertindak. Sebab aku buntu. Laki aku macam ugut aku kalau aku bgtau n
laki pempuan ni mngkin rumahtangga aku akn jd pape. Sebab dia sllu ingtkan aku supaya jangan menyesal. Kalau aku ungkit cerita ni suami aku akn moody. Kalau aku tak ungkit memang dia macam biase layan aku n manjakan aku. Dia memang suami yang baik melayan aku sbgai isterinya. Tapi sikap dia yang suke melayan perempuan yang spesis macam ni la yang aku lemah n tak suka. Kalau aku tanye kenapa dia melayan.. Jawapan yang same. TAK de pape. Dia tak kan tinggalkan aku sebab perempuan tu. Katenye la.

 

 

Aku mintak yang bace post ni same2 doakdoakan moga suami perempuan tu tahu dgn sendiri nya yg bini dia curang blkang dia. Melayan lelaki yg jgk masih suami org. Share lah kt grup2 memikat burung ni. Mngkin ade grup memikat burung dlm fb ni kan.
Utk suami2 yg kat luar sane. Yg melayan hobi memasing n lupekan perasaan isteri yg kekosongan tu bukak lah mata. Jgn sbb korang yg trlalu taksub ngn hobi korang perasaan bini korang terabai n bermula la nk tagih simpati kat suami2 org yg bajet2 Bagus konon nk jd pendengar yang setia la konon. Last2 camni la. Berskandal. Tolong la.. Jgn la abaikan bini memasing.. Supaya bini org lain x hilang suaminya..

Leave a Comment