Kadang2 Aku Akan Carik Idea2 Atau Alasan2 Yang Logik Untuk Keluar Malam Kekadang Sampai Balik Lewat Pagi Tapi Tak Boleh Lah Nak Share Dekat Sini Ape Tektik2 Yang Aku Guna Untuk Kelentong Bini Bagi Bini Percaya.

Kadang2 Aku Akan Carik Idea2 Atau Alasan2 Yang Logik Untuk Keluar Malam Kekadang Sampai Balik Lewat Pagi Tapi Tak Boleh Lah Nak Share Dekat Sini Ape Tektik2 Yang Aku Guna Untuk Kelentong Bini Bagi Bini Percaya.

Salam admin dan warga KRT sekalian. Tolong hide profile saya admin. Ni lah pertama kali aku share kisah aku dlm KRT. Bini aku pon juga ada dlm KRT nih. Harap dia tak tau lah. Aku seorang suami yang sudah punyai dua anak.. Punca hidup aku jadi macamni sebab frust dengan aweks yang aku pernah setia sangat mase remaja dulu. Minta putus sebab nak tumpu pada pelajaran sedangkan aku dah betul2 sayang sangat dekat dia, tak pernah pegang tangan dia apatah lagi amik kesempatan dekat dia. Kalau bergambar pon duduk jarak2.. Kalau keluar dating pon dia akan ajak kawan2 sebagai teman.

Sebelum terima aku, aku dah suruh dia pikir semasak masaknyee.. Bila dah terima and bercinta boleh pulak bagi alasan macamtuh.. Perghhh frust gile beb mase tuh, tuh lah pertama kali rase frust, sampai makan tak lalu, tido pon tak lena.
Sejak dari tuh aku jadi pendendam pada perempuan, dan aku rase tak adil jika perempuan boleh main perasaan aku, kenapa aku tidakkk.. Dari bujang, bertunang sampai lah dh kawin hidup aku penuh dengan suka berfoya2 dengan perempuan, pasang aweks,berhubung semula dengan ex2 lama, ad jgk ex yang dah jadi bini orang tapi takde lah sampai nak terlanjur dengan bini orang.

Aku cuma terlanjur dengan ex pon sblom dia jadi bini orang.. Walaupun aku jahat, tp prinsip aku takkan terlanjur dengan bini orang. Aku pasang skandle sana sini, kenal dlm wechat, dalam link, dlm fb, dlm group wassap, kenal atas kawan (mejoriti janda muda), kalau terlanjur tuh jgn cakap lah, pantang dpt awek/skandle, kepala pikir camner cara nak dpt.. Walaupun tak semua perempuan tapi mejoritinya aku akan terlanjur. Ayat aku mmg maniss, tak terburu2, sanggup berlakon, sanggup menunggu mse. Mungkin sebab dah byk pengalaman ayat2 awek nih. Sampai perempuan yang baru kenal ajak aku cek in pon ad. Ya aku mmg jahat, jahat pada perempuan sahaja.

Ad jgk yang ajak kawin sedangkan dia tak tau yang aku suami orang. Ad jgk yang aku berskandel tau status aku suami orang sampai ada yang kenal bini aku. Ada sampai 1 tahap sanggup beli fon n nom lain.. Silent lepastuh lex bawah seat kereta. Mmg tak kan bawak dlm rumah, bahaya takut kantoi dengan bini.(Boleh lah makcik2 bawang cek bawah seat kereta suami korang, mane tau terjumpa hp ke), hahahaaa.. Kalau kantoi tuh jgn salahkan aku plak, pandai2 lah korang setel aee.. Oky sambung cerita aku td. Wife aku percaya kan aku sehingga aku berjaya sembunyikan perbuatan aku sampai lah skrg. Aku bijak berlakon depan bini. Akan carik idea2 atau alasan2 yang logik untuk keluar malam kekadang sampai balik lewat pagi tapi tak boleh lah nak share dekat sini ape tektik2 yang aku guna untuk kelentong bini bagi bini percaya. Nanti ada plak yang guna, naya makcik2 bawang. Tp tuh dlu..

Sejak aku dah anak pertama aku dah mula berubah, dah mula mengingatkan diri sampai bila aku nak mcm nih. Aku dah mula tinggalkan sikap buruk aku, dh byk duduk rumah. Nak keluar mlm pon dah malas. Sampai bini aku pon pernah tye “tak keluar ke?” Aku byk luangkan mase dengan anak. Bermain dengan anak. Hari2 cuti bawak anak bini berjalan2. Hubungan aku dengan wife sangat baik, jarang sangat2 bertengkar apatahlagi bergaduh besar. Aku harap korang DOAKAN aku kekal berubah demi kebahagiaan keluarga aku.. Pada suami2 luar sana, jahat2 macam mane skalipon kita pandang@renung laa muka bini kita, apatahlagi anak kita,. Yang menyebabkan aku nak berubah bila aku renung anak perempuan aku yang masih kecil, aku bertanya dlm hati “macammane rasanya bila orang lain pula yang buat anak kita macamtuh, ape kita rase”.. Nnt akan dtg keinsafan dalam diri korang.. Terima kasih admin sudi siarkan kisah aku yang tak seberapa ini.. Maaf kalau karangan aku tak ni tak menarik sebab tak pandai nak karang panjang2 nih. Tolong JANGAN KECAM yee.. Dari aku insan yang ingin berubah.

Leave a Comment